ANDA mungkin sudah bosan mendengar deruman syahdu sistem ekzos asal, ataupun merasakan perjalanan ke tempat kerja setiap pagi akan jadi lebih tenteram seandainya ekzos berbunyi lantang. Tidak kira apa pun alasan, menukar ekzos aftermarket sentiasa menjadi antara modifikasi popular pilihan penunggang motosikal.
Alasannya, ekzos aftermarket tanpa mengira apa jenama sekalipun mampu menyerlahkan imej motosikal yang lebih garang. Tambahan pula kehadiran lambakan ekzos aftermarket berjenama terkenal yang diklonkan pengeluar lokal atau seberang laut sana membuatkan kos modifikasi kini jadi lebih mampu milik.
Namun, itu tidak bermakna anda patut menukar ekzos sewenang-wenangnya. Selain isu undang-undang, anda perlu mengambil kira kesesuaian motosikal dan situasi tunggangan mengikut jenis ekzos aftermarket tersebut yang boleh dibahagikan kepada dua kategori utama: Slip On dan Full System.
ASAS SISTEM EKZOS
Sistem ekzos motosikal terdiri daripada 3 bahagian (rujuk gambar atas). Bahagian bengkok yang bermula daripada enjin dipanggil header, dan berfungsi mengumpul dan mengatur arah aliran gas ekzos.
Header disambungkan kepada paip tengah atau midpipe, yang turut menyatukan pelbagai paip header (untuk enjin lebih satu silinder), termasuk menempatkan ciri tambahan seperti sensor oksigen (O2 sensor) dan penukar pemangkin (catalyzer/catalytic converter).
Akhir sekali, midpipe di tengah ekzos dihubungkan kepada paip lebih besar dan paling menonjol yang dipanggil mufler. Tugas mufler pula adalah sebagai peredam bagi mengurangkan desibel bunyi yang terhasil. Di sinilah perbezaan antara ekzos Slip On dan Full System.
Slip On cuma menggantikan seksyen mufler, manakala Full System (sama seperti namanya) membabitkan penukaran penuh sistem ekzos asal kepada sistem aftermarket yang lebih berprestasi. Hendak tahu bagaimana kedua-dua jenis ekzos aftermarket ini mampu memberikan perbezaan kepada bunyi dan prestasi motorsikal anda khususnya? Ikuti sambungan artikel ini pada pautan di bawah.
BACA >>> Naik Taraf Ekzos Aftermarket - 'Slip On' atau 'Full System'? Mana Satu Pilihan Terbaik?
Gaban says
Kalau lubang muffler besar mcmana tuan?? Paip masih asal 51mm. Copy ori pakai.
Daus says
Kalau ada sesuatu termasuk kedalam lubang exzoz seperti skru atau lain lain akan memberikan side effect tak kalau dibiarkan?exzoz standard lc135?