• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Pandu Uji / #PanduUji: Isuzu MU-X (2015)

#PanduUji: Isuzu MU-X (2015)

June 4, 2015 By admin.pandulaju 1 Comment

FacebookTwitter

TAHUKAH anda Isuzu D-Max sudah berada di pasaran Malaysia selama 10 tahun. Bermula dari 2005 sehingga kini, model trak pikap ini masih menjadi kegemaran ramai.

Persoalan utama adalah, apakah sebab utama trak pikap ini mampu terus bertahan mengekalkan popularitinya sehingga kini? Sudah pasti jawapannya, Isuzu adalah satu-satunya pengeluar yang berjaya menawarkan penggunaan bahan api paling cekap.

Bukti? Isuzu D-Max berjaya menyempurnakan perjalanan sejauh 1,809km dari Bangkok ke Singapura hanya dengan menggunakan kurang daripada satu tangki bersaiz 76L, baru-baru ini. Ya bro, dari Bangkok ke Singapura. Walaupun ada yang katakan mustahil tetapi itulah hakikatnya.

Isuzu MU-X - Pandulaju.comDengan populariti itu, Isuzu Malaysia mempertaruhkan model SUV terbaharunya, MU-X dengan kapasiti 7-tempat duduk. Bagi anda yang tidak tahu, MU-X adalah singkatan bagi 'Multi-Utility’ Extreme.

Direka dan dibangunkan di Isuzu Technical Centre of Asia di Thailand, Isuzu MU-X secara rasminya diperkenalkan buat rakyat tempatan. Bagi mereka yang menginginkan sebuah SUV yang mudah dipandu, selesa dan tidak melupakan aspek kecekapan bahan api, Isuzu MU-X mungkin boleh disenaraikan dalam pilihan anda.

Mengapa saya kata begitu? Ikuti laporan pandu uji apabila saya bersama sekumpulan media lain diberi peluang memandu uji model ini ke Cameron Highland, baru-baru ini.

HARGA (termasuk insurans dan GST)

  • Isuzu MU-X 2.5L 4×2 (AT) – RM151.944.56
  • Isuzu MU-X 2.5L 4×4 (AT) – RM164.969.84

WARANTI

Sama seperti model lain, Isuzu MU-X hadir dengan jaminan selama tiga tahun atau 100,000km perbatuan (mana tiba dahulu).

P1290507
P1290516
P1290513
P1290515
P1290520
P1290559
P1290560
Isuzu MU-X - Pandulaju.com

LUARAN

Melihat keseluruhan rekabentuk Isuzu MU-X, ia tampil dengan wajah yang hampir sama seperti model D-Max.Maklumlah, berkongsi platform dan DNA yang sama. Cuma ada beberapa kelainan yang cuba disampaikan pada model SUV ini.

Antara perubahan ketara adalah kehadiran lampu utama projektor dengan nyalaan siang LED bersama lampu kabus lebih luas (4×4 saja).

Diimport sepenuhnya (CBU) dari Thailand, profil pada bahagian badan berbentuk seakan baji direka bertujuan menghasilkan konsep aerodinamik dan secara tidak langsung dapat membantu kecekapan penggunaan bahan api. Penggunaan fender maskular dan gril baharu pula memberikan penampilan lebih garang dan menarik.

Dalam bahasa mudahnya, pikap ini mampu berfungsi sebagai kenderaan famili atau penumpang. Seperti saya yang masih bujang, tidak malu memandu SUV ini untuk mengurat makwe.

P1290549

DALAMAN

Sebaik memasuk ruang kabin Isuzu MU-X, anda akan ‘dihidangkan’ dengan pelbagai ciri-ciri baharu yang tampak premium. Antaranya tempat duduk dibaluti kulit berwarna Anthracite, kerusi hadapan dengan kuasa elektrik dan panel instrumen baharu.

Tugas audio pula diserahkan pada sistem audio Blaupunkt dengan sambungan Bluetooth dan nagivasi GPS. Penumpang belakang turut boleh menikmati keseronokan menerusi skrin monitor DVD pada kerusi baris kedua.

Untuk keselesaan penumpang belakang, corong penghawa dingin boleh didapati di baris kedua dan ketiga selain kehadiran 12 ruangan tempat letak minuman

pandu uji isuzu mu-x

ENJIN

Isuzu MU-X dipacu unit enjin diesel commonrail 2.5L 4JK1-TCX 4-silinder dengan sistem turbo geometri boleh ubah (VGS). Hadir bersama kotak gear automatik 5-kelajuan, ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 134hp pada 3,400rpm dan tork 320Nm (1,800-2,800rpm). Untuk makluman, enjin digunakan pada MU-X adalah sama seperti trak pikap D-Max.

Sepanjang pemanduan ke Cameron Highland, saya dapat merasakan ia cukup mudah dikendalikan dan seronok dipandu dalam keadaan santai. Tindak balas enjin juga tidak mengecewakan walaupun penghantaran tork sedikit lambat. Apa-apapun, Isuzu mempunyai alasannya tersendiri dan mungkin untuk mendapatkan kecekapan bahan api lebih baik.

P1290526

Sistem suspensi juga ditala dengan tepat dan sederhana. Untuk mengujinya, saya sengaja melalui meredah laluan berlubang, berlopak dan off-road.  Ternyata hentakan itu tidak begitu terasa sebaliknya ia selesa dan tidak memeningkan penumpang di dalam.

Secara keseluruhannya, saya berpendapat Isuzu MU-X adalah sebuah SUV serba boleh dan lincah mengatasi setiap cabaran dilalui. Ia bukan saja mampu meredah pelbagai laluan lasak dan mencabar malah bersesuaian untuk kegunaan harian.

Bagi pencabar MU-X seperti Mitsubishi Pajero Sport dan Toyota Fortuner, jaga-jaga mungkin kedudukan anda akan tercabar dek 'si bagak' yang menjadi taruhan baharu Isuzu.

SPESIFIKASI
ISUZU MU-X

ENJIN Diesel commonrail 2.5L 4JK1-TCX 4-silinder dengan VGS
TRANSMISI Automatik 5-kelajuan
KUASA MAKSIMUM 134hp@3,600rpm
TORK MAKSIMUM 320Nm@1,800-2,800rpm
KAPASITI TANGKI 76L
KESELAMATAN 2 beg udara SRS, Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Traksi (TCS), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA).

GALERI

P1290560
P1290559
P1290554
P1290549
P1290548
P1290546
P1290543
P1290542
P1290539
P1290537
P1290536
P1290535
P1290534
P1290533
P1290531
P1290528
P1290526
P1290520
P1290516
P1290515
P1290513
P1290507
Isuzu MU-X - Pandulaju.com
Isuzu MU-X - Pandulaju.com
Isuzu MU-X - Pandulaju.com
Isuzu MU-X - Pandulaju.com
Isuzu MU-X - Pandulaju.com
Isuzu MU-X - Pandulaju.com
Isuzu MU-X - Pandulaju.com
Isuzu MU-X - Pandulaju.com
Isuzu MU-X - Pandulaju.com
Isuzu MU-X - Pandulaju.com
Isuzu MU-X - Pandulaju.com
Isuzu MU-X - Pandulaju.com
Isuzu MU-X - Pandulaju.com
Isuzu MU-X - Pandulaju.com
Isuzu MU-X - Pandulaju.com
Isuzu MU-X - Pandulaju.com
Isuzu MU-X - Pandulaju.com
Isuzu MU-X - Pandulaju.com

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Pandu Uji Tagged With: Isuzu D-Max, Isuzu Malaysia, Isuzu MU-X, Pandu uji, Test Drive

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev