ADRIAN Salleh Hashim menjadi pemilik pertama Honda Civic Type-R Serba Baharu di Malaysia selepas jentera itu dilancarkan secara rasmi pada 9 November lalu.
Majlis penyerahan kunci kepada Adrian disempurnakan oleh Naib Presiden Kumpulan Honda Malaysia, Akkbar Danial kepada Adrian di Botanic Auto Mall Sdn Bhd.
Lebih membanggakan, Honda Malaysia kini sudah menerima lebih daripada 70 unit tempahan Honda Civic Type-R Serba Baharu sejak ia dibuka tempahan pada 1 Oktober 2017.
Selain menjadi pemilik pertama Honda Civic Type-R Serba Baharu di Malaysia, Andrian turut membawa pulang hadiah berupakan GoPro HERO 5, barangan cenderahati kustom khas bersama Cat Saduran Kaca Ultra dengan Saduran Cermin Ultra Honda.
Model Civic Type-R Serba Baharu ialah model Honda paling berkuasa pernah dihasilkan. Model yang diimport sepenuhnya itu dijual pada harga RM320,000.
BACA >>> Honda Civic Type-R Serba Baharu Kini Di Malaysia - Harga RM320K Sahaja!
ENJIN TURBO
Dari aspek mekanikal, Honda Civic Type-R Serba Baharu masih menggunakan enjin sama seperti generasi sebelum ini. Bagaimanapun, beberapa talaan dilakukan bagi menjadikan ia lebih berkuasa dan seronok dipandu.
Bagi pasaran tempatan, Honda Civic Type-R Serba Baharu dijana enjin 2.0-liter VTEC pengecas turbo. Hasil padanan kotak gear transmisi manual 6-kelajuan, ia berkuasa 305hp (310ps) pada 6,500rpm dan tork 400Nm (2,500 - 4,500rpm).
Penggunaan bahan api pula merekodkan 8.8L per 100km dan kelajuan maksimum sekitar 272kmj. Lebih menarik, anda boleh mengisi bahan api RON95 pada Honda Civic Type-R Serba Baharu kerana enjin jentera ini ditalaah khas untuk pasaran tempatan.
Sekiranya anda inginkan pengalaman pemanduan lebih menyeronokkan, model hatchback ini menawarkan opsyen 3 mod - COMFORT, SPORT dan +R.
Pemilihan mod pemanduan akan mengubah tetapan komponen menerusi kawalan Sistem Peredam Adaptif (ADS), terotel Drive-by-Wire (DBW), Stereng Kuasa Elektronik (EPS), Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), sistem traksi dan brek.
Aiman says
Wah..boleh pinjam untuk test drive?