• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan Serena Nismo Mula Dijual di Jepun, Harga RM126k

Nissan Serena Nismo Mula Dijual di Jepun, Harga RM126k

November 25, 2017 By Azhan O 6 Comments

394
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIDAK lama selepas muncul di Pameran Motor Tokyo 2017, kenderaan pelbagai guna (MPV) buatan Nissan, Serena Nismo kini mula berada di pasaran Jepun. Pada harga bermula ¥3,419,280 (RM126,122), van mini itu mendapat suntikan pengubahsuaian bercirikan karakter Nismo dan dijangka mendapat sambutan di kalangan peminat divisyen permotoran Nissan itu.

Luaran Serena Nismo menampilkan rekaan bampar depan custom dengan lampu siang (DRL) LED berbentuk nombor '7'. Aksen merah yang sinonim dengan imej Nismo diserlahkan pada skirt sisi dan sekitar fasia belakang bersama rim 17-inci yang dibalut tayar Bridgestone Potenza Adrenalin RE003 bersaiz 205/50/R17.

BACA >>> Nissan Serena S-Hybrid Talaan IMPUL - MPV Sporty & Versatil

Menjengah ruang dalaman, Nissan menggunakan kemasan kulit Alcantara pada roda stereng tiga jejari, termasuk tombol gear yang turut dibalut kulit. Ciri menarik lain dibekalkan ialah paparan 7-inci, dan trim aksen merah dengan opsyen kerusi sport semi bucket di depan.

TEKNOLOGI PANDU AUTONOMI

nissan-serena-nismo-2018-19
nissan-serena-nismo-2018-12
nissan-serena-nismo-2018-2
nissan-serena-nismo-2018-13
nissan-serena-nismo-2018-5

Serena Nismo ini turut menampilkan sistem ProPILOT yang juga ada pada beberapa model Nissan lain. Teknologi ini membolehkan kenderaan dipandu automatik dalam laluan trafik tunggal di lebuh raya.

BACA >>> Nissan Serius Mahu Luaskan Produk NISMO untuk Pasaran Massa

Transformasi Serena Nismo turut membabitkan talaan ke atas unit kawalan elektronik (ECU) dengan mufler sport untuk enjin 4-silinder 2.0L petrol. Tiada maklumat prestasi didedahkan, tetapi kuasa enjin standard ialah 147hp. Sistem suspensi turut dinaik taraf yang menggabungkan absorber, spring dan stabiliser berbeza dengan anggota silang (cross member) dan Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC) yang ditala semula bersama suis pemati, sebagai sebahagian daripada pakej.

GALERI

Related

394
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Jepun, Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), minivan, MPV, Nismo, Nissan, Nissan NISMO, Nissan Serena, Nissan Serena Nismo, Roda4, van mini

Comments

  1. Patmanathan. K says

    August 28, 2018 at 10:00 PM

    Hi
    I am Patmanathan from Penang, my question is can we buy Nissan Serena nismo CBU.

    Reply
    • ABG GYL says

      August 29, 2018 at 4:16 PM

      Kebiasaanya boleh request dengan mana-mana penjual kenderaan yang memiliki lesen AP di Malaysia.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev