• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Valentino Rossi Dapat 'Mya', Bukan Makwe Tapi Motor Custom - XJR1300 Flat Tracker

Valentino Rossi Dapat 'Mya', Bukan Makwe Tapi Motor Custom - XJR1300 Flat Tracker

November 24, 2017 By Aryon Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WALAUPUN susah hati tentang kontrak mungkin tidak disambung selepas aksi MotoGP musim hadapan, Valentino Rossi tetap mendapat pengiktirafan daripada fanatik-fanatiknya seluruh dunia. Ungtunglah.

Terbaharu, beberapa hari lalu, pelumba legenda itu mendapat hadiah istimewa berupa jentera Yamaha XJR1300 yang dimodifikasi menjadi gaya flat tracker. Kerja-kerja custom itu dilakukan pereka motosikal terkenal Itali, Rodolfo Frascoli dan dibantu pasukan VR46.

Hasilnya, XJR1300 itu langsung berubah karakter menjadi lebih agresif dan sepadan dengan semangat Rossi yang tidak pernah gentar berentap walaupun sudah berstatus kuda tua.

AMBIL MASA LAMA DISIAPKAN

Flat tracker yang mengambil masa berbulan-bulan disiapkan itu akhirnya diberikan nama 'Mya', tetapi tidak pula dimaklumkan rahsia di sebalik nama tersebut. Apakah pasukan VR46 sengaja memerli Rossi supaya mula memikirkan hal percintaan dan perkahwinan? Bukankah Rossi sebelum ini pernah mengeluh takut kebosanan selepas bersara nanti? 

BACA >>> Kontrak Bakal Tamat Setahun lagi, Rossi Mula Risaukan Masa Hadapan

XJR1300 'Mya' hadiah kepada Rossi itu tampil dengan suspensi depan-belakang Öhlins, dan satu daripada dua brek cakera depan sengaja ditanggalkan untuk menguatkan penampilan flat tracker tulen. Nah, kahwinlah kau dengan motor tu, mungkin itu mesej subliminal yang cuba disampai pasukan VR46. Sampai hati.

Lampu utama dibuang, tetapi komponen pencahayaan masih dipakai dengan menggunakan sepasang unit projektor LED milik R1 yang dimuatkan antara fork depan. Termasuk ekzos 4-2-1-2 Akrapovic, desain tangki minyak, rim 19-inci dan tayar khas mengikut paten motosikal lumba flat tracker Yamaha TZ750.

GALERI

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: flat tracker, motosikal custom, Mya, roda2, Rodolfo Frascoli, The Doctor, Valentino Rossi, VR46, Yamaha XJR1300

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my