• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / Jaguar XK120 SE Ini Ambil Masa 6,725 Jam Dibaik Pulih - Menang Anugerah 'Restoration of the Year'

Jaguar XK120 SE Ini Ambil Masa 6,725 Jam Dibaik Pulih - Menang Anugerah 'Restoration of the Year'

November 20, 2017 By Abang Hirata 3 Comments

46
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RESTORASI atau baik pulih kenderaan klasik memang sudah sedia payah dan rumit, manakala mendapat dua kali pengiktirafan sebagai pembaikpulih kenderaan klasik terbaik pula adalah luar biasa.

Inilah yang dicapai pakar pembaikpulih kelas dunia, Classic Motor Cars (CMC) apabila Jaguar XK120 SE  (1954), satu-satunya model menggunakan rekaan badan Pininfarina, apabila memenangi Anugerah Baik Pulih Terbaik Tahunan (Restoration of the Year) daripada Anugerah Octane pada 16 Oktober lalu di London.

Inilah kali kedua CMC membawa pulang anugerah sama selepas 2011 melalui projek Jaguar Lindner-Nocker Lightweight yang ramai menyangka model itu tidak dapat dibaik pulih.

CMC juga satu-satunya syarikat yang memenangi anugerah tersebut sebanyak dua kali. Anugerah ini dianggap sebagai yang paling berprestij dalam industri di mana panel penghakiman bukan calang-calang orang.

Antara juri terlibat ialah pemenang lima kali Le Mans, Derek Bell, pengumpul barangan eksklusif dan pemain dram Pink Floyd, Drummer Nick Mason, hos dan personaliti TV, Jay Leno, dan barisan pengarang penerbitan seperti Octane, Evo, Auto Express dan Automobile.

Berikut Kisah Menarik tentang Jaguar XK120 SE Pininfarina:
jaguar-xk120-se-pininfarina-2
jaguar-xk120-se-pininfarina-4
jaguar-xk120-se-pininfarina-5
jaguar-xk120-se-pininfarina-6
jaguar-xk120-se-pininfarina-7
  • Projek pemulihan XK120 bernombor casis S675360 ini adalah paling mencabar pernah dilakukan CMC.
  • Asal model ini dimiliki Max Hoffman pada 1954. Beliau ialah pengimport kereta mewah Eropah dari Austria yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat (AS).
  • Beliau berjaya meyakinkan Pininfarina untuk memberi sentuhan istimewa pada XK120, dan kemudian mempamerkannya sempena Pameran Auto Geneva 1955.
  • Pada 2015, CMC berjaya mendapatkan semula XK120 daripada seorang pembeli Jerman yang membeli model itu di AS pada 1978 dengan niat membaik pulih, tetapi tidak pernah berjaya.
  • Kemudian, proses epik 6,725 jam pun bermula.
  • Semasa pemeriksaan dibuat, Pininfarina didapati menggunakan badan XK asal sebagai asas, manakala pemilik terdahulu memilih warna Burgundy pada bahagian luar, membalut kerusi dengan kulit tan dan mengubah pelbagai peralatan lain.
  • Pakar CMC menghadapi banyak cabaran kerana beberapa bahagian asal seperti bampar dan komponen krom hampir mustahil diperoleh.
  • Apa CMC lakukan adalah menghasilkan semula proses baik pulih menggunakan kerja tangan berpandukan gambar.
  • CMC turut mengimbas (scan) bahagian depan dan belakang kereta sebagai contoh lampu yang akan dihasilkan semula. Beberapa peralatan lain yang sudah hilang turut dibina semula.
  • Tingkap belakang kereta juga hilang dan teknologi pengimbasan 3D digunakan untuk mengimbas bukaan. Cermin itu kemudian dihasilkan semula daripada data imbasan.
  • Warna asal tidak dapat dikesan hingga cermin depan ditanggalkan dan menemui sekeping cat asal kecil yang digunakan dalam proses pemadanan semula warna.
  • Bahagian dalaman juga teruk. Kulit pintu, karpet dan warna kemasan asal juga hilang. Sampel kecil kulit asli ditemui ketika keseluruhan kelengkapan dan peralatan ditanggalkan
  • Warna tersebut dipadankan dengan kulit dan warna asal digunakan untuk menghasilkan semula material yang dipanggil Ochre Tan
  • Bentuk dan corak kulit pintu dibuat semula berpandukan kereta yang direka khas oleh Pininfarina pada era tersebut
  • Walaupun sukar, CMC akhirnya berjaya membaik pulih segenap aspek kereta berkenaan daripada badan dan struktur unik hingga cat, kemasan dalaman, bahagian mekanikal. Pada masa sama, mengekalkan keaslian kereta itu dalam kondisi seasal mungkin.
  • Kereta tersebut pertama kali ditayangkan kepada umum pada di Pebble Beach Concours d'Elegance, dan memenangi tempat kedua dalam kelas tertutup, 0-2 Postwar

GALERI

Related

46
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta, Roda4 Tagged With: Bikin Kereta, Classic Motor Cars, Jaguar, Jaguar XK120 SE Pininfarina, kereta antik, kereta vintaj, Pininfarina, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev