• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tiada Yang Mustahil Buat Land Rover

Tiada Yang Mustahil Buat Land Rover

May 27, 2015 By admin.pandulaju 1 Comment

FacebookTwitter

A Range Rover Vogue is very much at home in the rough as it is in the cityNAMPAK biasa tetapi menyeronokkan. Itulah ungkapan saya setelah mempelajari beberapa teknik pemanduan secara betul oleh jurulatih bertauliah sepanjang mengendalikan kenderaan Land Rover di laluan off-road.

Di bawah tunjuk ajar jurulatih bertauliah Land Rover, Kenneth Yap, program 'Hari Pengalaman Memandu' yang dianjurkan oleh Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd (JLRM) nyata memberikan seribu satu pengalaman yang tidak dapat diberi dengan wang ringgit.

Mud and ruts don't stop a Range Rover SportSepanjang program, saya bersama rakan media lain berpeluang mengendalikan kenderaan Land Rover yang terdiri daripada model Evoque, Discovery4 dan Defender di laluan off-road yang mencabar.

Kami turut diajar perkara asas berkaitan cara pemanduan betul seperti memahami saiz kenderaan  atau had pelepasan, cara mendaki dan menuruni bukit, melalui bekas roda, parit, mengharungi cerun, merentasi air dalam dan ‘elephant steps’.

Ternyata semua model Land Rover terlibat tidak menjadi penghalang untuk merentasi segala halangan dan cabaran. Selain berpeluang mempelajari selok-belok dan pelbagai ciri serta sistem unik pada model Land Rover, semuanya dapat diatasi dalam apa jua permukaan jalan dengan yakin.

A Range Rover Sport makes a dramatic exit from the deep water crossing obstacleBERI PENGALAMAN

Pengarah urusan JLRM, Tuan Syed Mudzhar Syed Ali berkata, acara tersebut bertujuan membantu pemilik menghayati dan memahami keupayaan penuh kenderaan agar mereka lebih menghargai jenama Land Rover.

“ Kami adalah antara jenama premium mewah yang boleh menawarkan kombinasi sempurna antara rekabentuk ikonik, teknologi canggih, kepakaran atas jalan raya dan keupayaan luar jalan yang tiada bandingan dengan setiap produk.

" Paling menarik, kami mempunyai warisan yang telah dibina selama lebih tujuh dekad, yang membolehkan Land Rover berdiri megah mengatasi yang lain.

" Antara ciri atau teknologi diketengahkan dalam acara Pengalaman Land Rover termasuklah Kawalan Menuruni Bukit, Suspensi Udara, Kunci Pembeza, Kawalan Cengkaman, Julat Tinggi dan Rendah, Tindak Balas Permukaan, Paparan Maklumat 4x4 dan Kawalan Kestabilan Dinamik," katanya.

A Range Rover Sport taking on elephant steps with aplombPEMANDUAN SELAMAT

Sebalik keseronokan dan ilmu diperolehi, kami turut ditekankan dengan  falsafah ‘Bumi Rapuh’ di mana melakukan pemanduan tanpa mendatangkan sebarang kerosakan pada alam sekitar, kenderaan mahupun seseorang individu lain. Ini bermaksud pemandu perlu sentiasa melihat, menilai risiko dan kemudian barulah memandu.

Sementara itu pada program yang sama, kami turut diberi peluang melihat sendiri SUV mewah saiz sederhana Land Rover Discovery Sport serba baru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Mari kita sama-sama nantikan kehadiran model ini dan rasa tidak sabar pula mahu memandu uji kehebatannya. Ian Seggar of Jaguar Land Rover Asia Pacific gave a preview of the soon-to-be-launched Land Rover Discovery Sport

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Defender, Jaguar, Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd (JLRM), Land Rover, Land Rover Discovery 4, Land Rover Discovery Sport serba baru, off-road, Pengalaman Memandu, Range Rover Evoque, Tuan Syed Mudzhar Syed Ali

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev