SEGALA teka-teki mengenai Perodua Myvi (2018) baharu kini sudah terjawab. Setelah sekian lama menanti, inilah masa yang dinanti-nanti peminat Myvi.
Hari demi hari, ada saja foto bocor tersebar di laman-laman sosial, membawa ke kedai kopi Zek Maimun hingga kopitiam Bang Usop. Pung pang pung pang, topik itu sajalah yang jadi perbualan. Macam-macam cerita boleh didengar. Ada kata menawan, dan tak kurang pula menarik muka semacam tak puas hati.
Kami juga bertalu-talu mendapat bermacam-macam soalan pasal Myvi (2018) baharu. Selepas ditapis dan disaring, inilah 10 soalan mengenai model popular itu yang paling kerap ditanya.
1. BERAPA VARIAN? BERAPA HARGA?
Perodua Myvi (2018) baharu ada 5 varian dengan 2 pilihan enjin - 1.3L dan 1.5L.
- 1.3L G Manual - RM44,300
- 1.3L G Auto - RM46,300
- 1.3L X Auto - RM48,300
- 1.5L H Auto - RM51,800
- 1.5L AV Auto - RM55,300
* Harga atas jalan termasuk GST tanpa insurans.
2. BERAPA WARNA?
Ada 6 warna:
- Granite Grey Mattalic (1.5L sahaja)
- Peppermint Green Metallic (1.3L sahaja)
- Lava Red
- Mystical Purple
- Glittering Silver
- Ivory White
Kelabu gelap dan hijau tu warna baharu. Hijau tu mengingatkan kami kepada Kancil generasi pertama. Legend!
3. APA BEZA MYVI 1.3L DAN 1.5L?
PERTAMA, tengok rim. Varian 1.5L ada rim aloi 15-inci 2-tona, dan 1.3L ada rim 14-inci. KEDUA, tengok pula spoiler, skirt depan dan sisi. Cuma varian 1.5L yang ada bodykit macam tu.
4. GUNA ENJIN LAMA ATAU BAHARU?
Myvi (2018) baharu perkenal enjin baharu. Varian 1.3L guna enjin sama macam Bezza, dan 1.5L pula guna enjin sama macam dipasang pada Toyota Vios baharu, tetapi di-tuning semula supaya sesuai dengan karakter hatchback subkompak. Transmisi masih kekal kotak gear automatik 4-kelajuan dan manual 5-kelajuan. Kuasa dan tork pula seperti di bawah:
- 1.3L - 94hp @ 6,000rpm, 121Nm @ 4,000rpm
- 1.5L - 102hp @ 6,000rpm, 136Nm @ 4,200rpm
5. LAJU TAK?
Kami tak sempat uji kelajuan maksimum. Ada beberapa sumber beritahu, Myvi baharu ini mampu pecut 160kmj tanpa sebarang masalah. Tapi, laju-laju nak ke mana? Nanti eksiden siapa susah?
6. JIMAT MINYAK MACAM MYVI LAMA TAK?
Ya, katanya, Myvi (2018) baharu 32 peratus lebih jimat berbanding model lama (15.4km/liter). Atas kertas, Myvi (2018) baharu catat tahap ekonomi bahan api seperti di bawah:
- Perodua Myvi (2018) 1.3L - 21.1km/liter
- Perodua Myvi (2018) 1.5L - 20.1km/liter
Setiap varian dapat penjimatan lebih kurang 5km bagi setiap liter. Jauh juga 5km tu, kalau berjalan kaki, mahu mencungap teruk juga.
7. DESAIN MACAM SAGA, COROLLA IM, POLO, RIO. BETUL KE?
Nampak macam sama, tapi tak. Kata Perodua, 99.99 peratus pembuatan Myvi (2018) baharu dibuat pereka dan jurutera tempatan. Maksudnya, seluruh rekabentuk memang all new tak kira luar dan dalam. Takkan tak percaya lagi? Berapa kali nak cakap!
8. GUNA PLATFORM APA?
Myvi (2018) baharu masih lagi guna platform asal dengan diberikan 70 peratus penambahbaikan hingga jadi lebih selamat, sedap dan mantap.
9. TIMING BELT ATAU TIMING CHAIN?
Long live timing chain!
10. ASA TU APA BENDA? ADA BERAPA AIRBAG?
ASA (sebut A-S-A, bukan Asa) tu singkatan kepada Advanced Safety Assist dan dalam Bahasa Melayu bunyinya, Bantuan Keselamatan Termaju. Buat pertama kali, Perodua jadi pengeluar pertama Malaysia yang berikan ciri ASA pada kenderaan berharga bawah RM100,000. Tapi, ciri ASA cuma ada pada varian Myvi 1.5L Advance. Ingat, ciri ASA hanya sebagai alat bantu mengelak atau mengurangkan impak kemalangan dan langsung tidak sama dengan kereta pandu sendiri (autonomous driving).
Seperti ciri keselamatan Honda Sensing, fungsi ASA juga hampir sama, merangkumi:
- Amaran Pra Perlanggaran / Pre-Collision Warning
- Brek Pra Perlanggaran / Pre-Collision Braking
- Amaran Gerak Depan / Front Departure Alert
- Kawalan Salah Operasi Pedal / Pedal Misoperation Control
Ingin tahu lebih lanjut pasal ASA pada Myvi (2018) baharu, apa kata baca pautan ni: #TahukahAnda: Apakah Itu Bantuan Keselamatan Termaju (ASA) pada Perodua Myvi (2018)?
Airbag? Varian 1.3L ada 4 beg udara dan 1.5L ada 6 beg udara. Kereta ni juga juga dapat rating 5-bintang Asean NCAP. Power ke idok yob?
Hah, kalau ada soalan tambahan lain, tanyalah dalam ruang komen di bawah. Kami akan cuba jawab satu-persatu.
Saga3 says
5-bintang ASEAN ncap untuk Varian G atau Varian AV..??
hadi says
semua sekali. depa test varian paling rendah. regulation baru
Bobby says
Hadi , klau myvi bru ni , lock guna remote tp xdpt , apa yg prlu tekan kt dlm tu ? Abg sy pnya krta , dia sruh cuci tp x berani lak tnya
Azlina says
1) smua cc dibekalkn leather seat ke..
2) bulanan brp bg stiap Cc kereta..
3) blh buat full loan x.. Tempoh brp lama terikat ngn
bank & bank ape yg disyorkn utk buat full loan..
4) swasta kayak but full loan ke.
5) Jual kereta dekat Produa dan ambik kereta yg
baru. Blh ke x..
6) trade in kereta lama & ambil baru.. Blh x dkt
Produa seluruh Malaysia kecuali sbh swk
7) rekod ctris/citos blh x mohon full loan..
ABG GYL says
1) smua cc dibekalkn leather seat ke.. - Hanya 1.5L Advance sahaja
2) bulanan brp bg stiap Cc kereta.. - Boleh semak di laman web Perodua dan maaf kerana kami tidak jual kereta.
3) blh buat full loan x.. Tempoh brp lama terikat ngn bank & bank ape yg disyorkn utk buat full loan.. - Boleh semak dengan salesman Perodua terdekat
4) swasta kayak but full loan ke. - Semak dengan salesman terdekat
5) Jual kereta dekat Produa dan ambik kereta yg baru. Blh ke x.. - Semak dengan salesman terdekat
6) trade in kereta lama & ambil baru.. Blh x dkt Produa seluruh Malaysia kecuali sbh swk - Semak dengan salesman terdekat
7) rekod ctris/citos blh x mohon full loan..- confirm tak boleh.
Sulaiman Sundani says
Maaf encik.. kegunaan minyak antara manual dengan auto berapa km/Liter? Yang di nyatakan di atas tak jelas menjadi tanda tanya
capit says
semua varian menerima penarafan 5-bintang 1.3L dan 1.5L
lemang says
Tak laku pulak la proton lepas ni... design proton hampeh!!
Sam Kunta Loo says
Hi, saya ada dua persoalan di sini:
1) Ada tak perancangan untuk menawarkan Myvi 1.5 L dalam transmisi manual.
2) Yang saya tak happy ialah tolok suhu air bagi Myvi terbaru ditinggalkan terus (sekarang hanya lampu biru dan merah sahaja) berbanding dengan Myvi generasi sebelumnya (bagi saya paparan suhu air dalam bentuk bar ataupun digital boleh diterima). Bagaimanapun saya menghargai komitmen Perodua dalam melengkapkan Myvi baru dari segi ciri-ciri dan spesifikasi seiring dengan peredaran semasa pada harga berpatutan.
ABG GYL says
1) Ada tak perancangan untuk menawarkan Myvi 1.5 L dalam transmisi manual - Buat masa ini kami difahamkan tidak akan dikeluarkan.
2) Yang saya tak happy ialah tolok suhu air bagi Myvi terbaru ditinggalkan terus (sekarang hanya lampu biru dan merah sahaja) berbanding dengan Myvi generasi sebelumnya (bagi saya paparan suhu air dalam bentuk bar ataupun digital boleh diterima). Bagaimanapun saya menghargai komitmen Perodua dalam melengkapkan Myvi baru dari segi ciri-ciri dan spesifikasi seiring dengan peredaran semasa pada harga berpatutan. - Nanti kami maklumkan pada Perodua.
Man says
Zaman jalan jem teruk sekarang pun boleh terfikir nak pakai manual lagi ke?
Lyana says
Tak ada masalah guna manual sebenarnya. Auto dan manual ada kelebihannya. Kalau auto asyik tekan brek saja pun lenguh kaki kanan. Saya dah rasa manual & auto... semuanya terpulang kepada diri masing2.
Bagi saya seronok lagi memandu manual. Apa masalah dengan sesak? Auto ada N. Manual ada N juga.. Habis masalah
Ahmad says
Nak gerak dlm je. Manual kena tekan clutch. Kaki tergantung. Lenguh kaki klu selalu sgt. Kalau auto lepas brake saja. Kaki tak tergantung..
syed ggi3 says
sepatut perodua buat (B) gear,,time jem je sesuai auto.. kalau main bukit n selekoh mesti mau manual punya,, baru seronok..ye tak?
Hasyim says
1.3 underpower tak? Sebab body myvi baru agak besar sikit dari yg lama.
Man says
Besar tp lebih ringan dari yg lama. X sampai 1 tan..
AMAN says
Xkerja boleh buat loan x? Name xde ctos cantek
Nenekkau says
Apa kau berbual ni setan
Aregym says
Myvi baru ni bkn ikut platform toyota 'i am' ke?? Tanya je..
WAN J says
Saya Ada 1 Soalan,
.
Perodua sudah ke arah perkembangan teknologi,
KENAPA Perouda tidak mencipta model yang berkuasa tinggi seperti 2.0 cc / 1.8 cc atau 1.6 cc...
.
Saya sebagai rakyat malaysia, saya bangga dengan product malaysia seperti Perodua yang Semakin Maju.
.
Sekian Terima Kasih.
PanduLaju.com
Ahmad says
Biar proton je buat kereta enjin cc besar. Tu pun kalau laku.. perodua bagus fokus kpd kenderaan kompak & mampu milik & enjin rendah & sederhana.
huhu says
alaaaa
Myvi Club says
Kenapa dalam brochure de tulis autolight/followhome ? Bila tgk dpn2 showroom xde pun autolight
Muhammad arshad bin mustapaha says
Kaler 1.3 pappermint tu cantik.. tp xde 1.5
Kenape 1.3x full spec.. tp bodykit mcm togel je.. tak layak panggil full spec cmtu.. ptut bubuh la nama premium ke.. pastu bila nk gearup mcm 1.5H dia kata bodykit xleh masuk.. ape la..
Haizad Mohamad says
mmg premium pun.. Premium X.. full specs hanya untuk 1.5 Adcance saja
Haizad Mohamad says
*Advance
Sofea says
1)umur 19 tahun boleh ambil kereta ke? Gaji dalam 1700++
2)boleh x buat full loan?
ABG GYL says
Boleh try. Selamat berjaya
sue says
dik..mehla dtg survey kt showrrom akak dkt sungai buloh..wsp 011-16930576.. :),nanti bolehla pilih kereta idaman dikalbu tu...
Yus says
Camna nak dapat 20 km perliter tu .
uda says
Myvi harga cepat jatuh bila jual balik,betul ker?
Sepenuhnya guna enjin vios 2017?
Mohamad Faizal says
Salam.. Sbg sorang Muslim, lebih afdal jika Myvi 2018 Push Start/Stop button nya di sebelah kanan. Ikut Sunnah Nabi SAW, buat apa2 pun, mula dengan tangan kanan. Pandu sambil dapat pahala. Wallahualam..
Noemi Patrick says
Nanti tekan pakai tangan kanan lah..
Filler says
Tester says
Mcm mana skalipon, masuk keta tetap mula kaki kiri jugak. X dpt elak
tom says
haha okay betul
adibah mohammed diah says
Hahahaha. Nie lawak
Muhammad arshad says
Saya setuju sbb bila belah kanan.. dia tersorok sikit.. bila belah kiri.. tgh dekat area radio.. anak saya gatal tangan suka tekan2.. tau2 bunyi.. ting.. ting..
Chan says
New.myvi 2018 1.5H aotu Sekarang ada stock tak?
Lina says
Kereta myvi 2018 ni tak ada auto lock macam myvi lama ya. Sbb myvi lama bila start engine and Kita telan pedal break dia akan auto lock pintu. Tapi yg model baru 2018 ni tk da . Kene tekan button lock .
ABG GYL says
boleh pasang sendiri di kedai aksesori
Bell says
Kalau nak beli spoiler original model 1.3X berapa yer.?
faizul anuar hashim says
myvi 1.5H ada auto side mirror tak
Maz says
Push start button sebelah kiri. Kemungkinan utk tertekan lebih tinggi kerana di sebelah penumpang. Apa kesan sekiranya sedang memandu dan ada yg tertekan pust start button itu. Adakah enjin akan mati dan bagaimana fungsi stereng dan brek.. secara normalnya, kereta yg mati enjin stereng akan di lock dan brek kaki pun akan jadi berat..
ABG GYL says
Apabila kenderaan bergerak, enjin tidak akan mati. cuma jika ditekan banyak kali, ia baru akan mati enjin.
huruhara says
1.5L AV ada manual transmission tak?
Milda says
Sgt bminat dgn myvi tbaru ni tp syg mgunakan teknologi push start button & keyless plak. Selamat ke? Rasanya lbh mudah pjenayah mcuri kereta mcm ni. Ada langkah terbaik x utk atasi masalah ni?
sue says
keyless button ok je dik..selamat je..meh jumpa kt showrrom akak explain lebih.. 🙂
jie says
saya sebagai penguna myvi 1.5 advance yg terbaru nie sangat selesa dgn keadaan kereta tetapi saya pelik kenapa myvi advance 1.5 sekarang nie tak de tempat nak masukkan cd??sedangkan myvi advance model lama ada temoat cd...
Abangmaibi says
Zaman sekarang ada yg pakai cd lagi ke?
Muhammad arshad says
Myvi baru ni bising.. sy pkai nk masuk 2 tahun setengah.. tak macam myvi lama (lagi best).. lagi kedap bunyi.. NVH lagi better.. bunyi tayar berdengung.. mcm kete lama
kimi says
Selamat sejahtera,
Saya baru ambil myvi baru 1.5L.. dan baru guna 2 bln... tapi
1) kenapa sy rasakan respon pada padel seakan lambat pabila kita menekan lebih lg ketika ingin memotong atau selepas melanggar bonggol jalan.. saya dapat rasakan perbezaannya kerana saya sudah gunakan myvi bermula model 1.3, kemudian 1.5 SE ... 2 model lama ini sy rasakan lincah dan memuaskan
2) Penggunaan bahan api saya menunjukkn bacaan 14km/L.. jika bawa dlm kelajuan 80 km/j baru boleh dapat sehingga 18km/L
Soalan sy adakah memang begini atau kereta saya perlu di semak semula pada Produa ?
ada sapa2 boleh bantu
NANAJER says
setahu saya sbb eco mode..
Lajent says
Mohon ada la yg menjawab soalan ini .
Ila says
Aircond ok tak.. Yg tu je nak tanya
Fad says
Alza atau myvi terbaik? Minta pendapat. Tq
linda says
Slm nak tanya... kalau beli Myvi 1.5 Av, perlu di tinting lg ke walaupun dah ada solar and security window film?
kalau perlu ditingting lg, apa kesan kat solar and security window film (contoh warranty ke)?
Sham says
Kenapa butang off aircond tak boleh single touch terus tutup? Susah la bila nak kena tekan byk kali turunkan speed kipas sampai OFF.
NANAJER says
KENAPA MYVI 2018 NI TAK ADA AUTO LOCK DOOR LEPAS KITA TEKAN BREK UNTK MASUK GEAR MCM MYVI SEBELUM NI..??
BK8 Indon says
BK8 indon dalam setiap kesempatan olahraga, kemungkinan terjadinya sesuatu tidak akan pernah diketahui, tetapi hal itu dapat diantisipasi, itulah yang dilakukan bandar judi saat mereka menentukan harga sebuah acara.
Faiz Najimi says
Bahan api yang sesuai digunakan untuk variant 1.5? Ron95 atau Ron97?
Manusia says
Kenapa seat myv bru ni kecik sgt , lenguh plk rse naik lelma
BK8 Indon says
Kereta design yang sangat menarik.
BK8 Indo says
BK8 merupakan situs taruhan online yang banyak menyediakan game populer mulai dari Sport , live casino , Roya suite , poker , slot , pacuan kuda dan masih banyak lagi
syahmi says
sya nk tya myvi sya ni parking jauh dri tmpat krj .lebih kurang jarak 100km.sya bawa kunci pergi pejabat .tiba2 kunci kreta berbunyi .ada masalah kn klau kunci kreta ni jauh dri kreta.tu soalanya
AO says
Tanya Perodua
Ray says
APA PERBEZAAN COMPRESSOR AIRCOND MYVI 2018 1.3 DAN 1.5? DAN BOLEH KA 4PK MENGGUNAKAN 6PK?