• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perkhidmatan Unit Bergerak Puspakom Kini Di Daerah Maran, Mersing Dan Besut

Perkhidmatan Unit Bergerak Puspakom Kini Di Daerah Maran, Mersing Dan Besut

May 25, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Puspakom_pandulajudotcom_mobile3PUSPAKOM meluaskan lagi perkhidmatan Unit Pemeriksaan Bergerak di Pasar Malam Pekan Tajau (Maran Pahang), Tapak Perhentian Bas Mersing (Johor) dan Mini Stadium Besut (Terengganu).

Perkhidmatan selama dua hari bagi setiap bulan bermula 8 pagi higga 5 petang itu adalah untuk memudahkan penggu setempat menjalankan pelbagai jenis pemeriksaan kenderaan.

Selain mengunjungi pusat pemeriksaan PUSPAKOM sedia ada, para pelanggan turut mempunyai pilihan untuk menggunakan Perkhidmatan Unit Pemeriksaan Bergerak PUSPAKOM di lokasi tersebut dan laporan pemeriksaan akan diberikan kepada pelanggan serta merta.

Kadar bayaran pemeriksaan dikenakan adalah seperti ketetapan kadar pemeriksaan semasa iaitu di antara RM20 sehingga RM75 (tidak termasuk GST) bergantung kepada jenis pemeriksaan dan kenderaan.

puspakom_mobile1_pandulajudotcomPerkhidmatan Unit Bergerak PUSPAKOM ini meliputi semua jenis pemeriksaan mandatori (kecuali Pemeriksaan Awalan) yang digariskan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 seperti Pemeriksaan Berkala, Pemeriksaan Khas, Pemeriksaan Tukar Milik dan Pemeriksaan Sukarela yang melibatkan proses pemeriksaan pengesahan nombor enjin dan casis, pemeriksaan bahagian atas dan bawah kenderaan, ujian brek serta ujian suspensi.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai Perkhidmatan Unit Pemeriksaan Bergerak, bolehlah hubungi talian bebas tol di 1-800-222-210 atau 1-800-88-6927 atau layari www.puspakom.com.my.

Jadual operasi Unit Pemeriksaan Bergerak bagi bulan Jun adalah seperti berikut;

Pasar Malam Pekan Tajau, Maran, Pahang Tapak Perhentian Bas Mersing, Johor Mini Stadium Besut,              Terengganu
2 – 3 Jun 2015 9 – 10 Jun 2015 13 – 14 Jun 2015

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Perkhidmatan Unit bergerak puspakom, PUSPAKOM

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan Model 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan Model 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my