• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Perodua Myvi (2018) - Kereta Bajet, Tapi Ada Ciri Premium Buat Indonesia Panasaran

Perodua Myvi (2018) - Kereta Bajet, Tapi Ada Ciri Premium Buat Indonesia Panasaran

November 17, 2017 By Han Othman 4 Comments

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BUKAN saja kecoh dalam negara, debut Perodua Myvi (2018) baharu turut menggoncangkan industri automobil di Indonesia. Apatah lagi apabila Perodua sudah diberikan lesen besar daripada Daihatsu untuk mengeksport dan menjenamakan semula model-model sentuhan pengeluar nasional itu ke Tanah Seberang.

Jadi, debut Myvi (2018) semalam seakan memberi isyarat awal bahawa model sama juga akan tiba ke Indonesia di bawah label (Daihatsu) Sirion. Pasaran segmen subkompak negara itu sangat kompetitif kerana Sirion (Myvi) perlu bersaing dengan banyak jenama lain seperti Kia Picanto, Cherolet Spark, Hyundai i10 dan Toyota Etios. Namun, ramai peminat automotif di sana memuji penampilan Sirion-Myvi facelift (gambar bawah), dilancarkan April lalu, yang tampil sangat sporty.

daihatsu-sirion-eksterior-2017-9
daihatsu-sirion-eksterior-2017-11
daihatsu-sirion-eksterior-2017-12
daihatsu-sirion-eksterior-2017-16
daihatsu-sirion-2017-12

Persoalan yang dibangkitkan, mampukah Sirion-Myvi serba baharu menawankan pembeli Indonesia?

BACA >>> Daihatsu Indonesia 'Sumpah' Perodua Myvi Jadi Sirion (2017)

TEKNOLOGI 'ASA' TARIK PERHATIAN

Sirion-Myvi itu kelak akan diimport Astra Daihatsu Motor (ADM) dari Malaysia ke Indonesia. Apa yang mengujakan pembeli di sana tentang Sirion-Myvi (2018) ialah pengenalan enjin baharu berkapasiti 1.5L 2NR-VE Dual VVT-i yang menjadi nadi utama Toyota Avanza.

Ini bermakna, Sirion-Myvi (2018) akan duduk sebaris dengan Chevrolet Sparks dan Nissan March, segmen sama tetapi dengan enjin lebih premium. Ciri-ciri didedahkan turut menarik perhatian seperti Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), 6-beg udara untuk varian paling premium, dan pengenalan teknologi Bantuan Keselamatan Termaju (ASA) yang terdiri daripada empat sistem utama, yakni Amaran Pra Perlanggaran (PCW), Brek Pra Perlanggaran (PCB), Amaran Gerak Depan (FDA) dan Kawalan Pedal Salah Operasi (PMC).

BACA >>> Raja Jalanan Kembali Gegar! Perodua Myvi (2018) Dilancarkan! [7 Fakta Ekspres + Foto Rasmi]

UNTUNG JADI PEMBELI MALAYSIA, DONK

perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
2018 Perodua Myvi Baharu Malaysia_PanduLaju (38)
perodua myvi baharu 2018 gear up

Namun, apa yang menjengkelkan kalangan netizen Indonesia tentang Sirion-Myvi (2018), ramai berpendapat model itu jika dibawa masuk kelak pasti akan dikurangkan (disebut 'disunatkan') serba-serbi ciri yang sedia ada. Malah ada juga yang begitu yakin 100 peratus bahawa ADM tidak akan membawa masuk Myvi versi Advanced (yang ada 6-beg udara dan ASA).

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Bantuan Keselamatan Termaju (ASA) pada Perodua Myvi (2018)?

Tidak kurang juga pujian netizen Indonesia terhadap pengguna Malaysia yang bercita rasa tinggi dan cerewet dalam hal memilih kereta, termasuk sangat peduli tentang ciri keselamatan kenderaan. Hasilnya, Kerajaan Malaysia terpaksa menggubal dasar automotif dengan meletakkan syarat pengeluaran kenderaan yang lebih ketat dan hasilnya dapat dinikmati rakyat Malaysia sendiri.

Malangnya situasi itu tidak berlaku di Indonesia kerana bukan saja rakyat, tetapi Kerajaan dan pengeluar mereka sendiri kurang mengambil inisiatif tentang hal itu, keluh ramai netizen di sana.  Ada pula yang mengeluh mengenai harga kereta mahal yang langsung mengingatkan kami kepada komen-komen pembeli Malaysia yang selalu memuji dan terliur apabila mengetahui betapa murah produk motor dan kereta di negara jiran itu.

Betullah kata pepatah, lain padang lain belalang. Hujan batu di negeri sendiri. 😛 Bagaimanapun masih tiada berita pasti tentang bilakah Sirion-Myvi (2018) akan dilancarkan di Indonesia. Bersabar ya rakan seberang sana. Nah, kita baca sikit komen-komen netizen Indonesia. Faham ke tidak tu?

SUMBER: AutoNetMMgz

Related

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Astra Daihatsu Motor, Auto Terkini, Daihatsu, Daihatsu Sirion, Indonesia, Perodua, Perodua Myvi (2018), Roda4, subkompak hatchback

Comments

  1. Alson P says

    November 17, 2017 at 4:42 PM

    Perodua perlu mengeksport myvi generasi ke Indonesia selewat²nya pada 2018 di bawah badge daihatsu Sirion.. Label sirion lebih kukuh berbanding perodua.. Luaskan pasaran sirion (myvi) di Asia tenggara..

    Reply
  2. Alson P says

    November 18, 2017 at 2:36 PM

    Indonesia panasaran.!! Di negara tetangga Daihatsu Sirion spec paling rendah berharga lebih mahal dari myvi Varian advance di Malaysia..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev