• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Jouley - Era Bas Sekolah Masa Hadapan Bakal Bermula, Elektrik Jadi Punca Kuasa

Jouley - Era Bas Sekolah Masa Hadapan Bakal Bermula, Elektrik Jadi Punca Kuasa

November 15, 2017 By Han Othman Leave a Comment

2
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KITA sudah sedia dengar dan baca tentang pelbagai jenis kenderaan yang dielektrikkan, tetapi belum lagi bas sekolah. Tetapi kali ini betul-betul jadi kenyataan apabila Thomas Built Buses di bawah Daimler mengumumkan kemunculan bas sekolah elektrik, Saf-T Liner® C2 Jouley!

Dinamakan sempena unit tenaga, Joule, bas sekolah Jouley adalah antara cubaan memasuki pasaran kenderaan yang kurang dipedulikan, tetapi sebenarnya sangat penting. Majlis Bas Sekolah Amerika (ASBC) pernah menganggarkan purata pemanduan bas sekolah di Amerika Syarikat (AS) adalah sebanyak 12,000 batu (19,312km) setahun dengan menggunakan 1,714 gelen (6,488 liter) bahan api diesel  setahun di seluruh negara.

BACA >>> Datuk Bandar London Mahu Haramkan Kenderaan Dekat Kawasan Sekolah, Elak Pencemaran Udara

Kos keseluruhan adalah berjumlah AS$3,184,457,143 (RM13.27 bilion)! Bayangkan berapa banyak belanja yang dapat dijimatkan dengan kehadiran Jouley.

bas-sekolah-ev-saf-t-liner-c2-jouley-1
bas-sekolah-ev-saf-t-liner-c2-jouley-2
bas-sekolah-ev-saf-t-liner-c2-jouley-3
bas-sekolah-ev-saf-t-liner-c2-jouley-4
bas-sekolah-ev-saf-t-liner-c2-jouley-5

Menggelarkan diri sebagai bebas emisi, bebas pencemaran bunyi, dan bebas bahan api fosil, serta dapat membantu menjimatkan kos operasi. Menurut Daimler, Jouley sangat ideal dijadikan bas sekolah di laluan tempatan dalam jarak kawasan kecil.

Jouley turut dilengkapi port 12V dan USB untuk mengecas peranti seperti telefon pintar dan laptop yang sinonim dengan keperluan pelajar masa kini. Cas penuh mampu menggerakkan bas sekolah elektrik ini sejauh 160km dan mampu memuatkan hingga 81 penumpang. Pek bateri tambahan juga disediakan jika mahukan lebih jarak pemanduan.

Bersediakah Malaysia melabur dalam pengangkutan awam, khususnya bas sekolah dengan tenaga elektrik?

SUMBER: Road and Track

Related

2
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: bas sekolah, bas sekolah elektrik, Daimler, Jouley, Majlis Bas Sekolah Amerika (ASBC), Roda4, Saf-T Liner® C2 Jouley, Thomas Built Buses

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev