• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MotoGP Bakal Perkenal Kategori Baharu - Superbike EV Menjelang 2019?

MotoGP Bakal Perkenal Kategori Baharu - Superbike EV Menjelang 2019?

December 2, 2017 By ZY 2 Comments

349
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NAMPAKNYA dominasi sportbike elektrik (EV) bakal bermula tidak lagi, dan menurut sumber dipercayai, iaitu majalah Australian Motorcycle New (AMCN), peminat MotoGP bakal melihat jentera-jentera tersebut beraksi seawal musim 2018 nanti.

Harap bertenang. Itu semua bukanlah perlumbaan sebenar, sebaliknya cuma demonstrasi bagi kelas perlumbaan motosikal EV yang bakal diperkenalkan bermula 2019 nanti. Kelas baharu itu juga bukan menggantikan kategori MotoGP sedia ada kalau itu yang anda risaukan.

Setakat diketahui, permulaan perlumbaan bakal dijalankan secara one-make series atau menggunakan jentera daripada pengeluar sama (seperti TGR Vios Challenge) berikutan perbezaan prestasi yang agak ketara sesama pengeluar motosikal EV, sekali gus menyukarkan persaingan adil dan kompetitif.

Dorna, organisasi yang mengaturkan siri perlumbaan kelas baharu MotoGP itu, kini masih dalam proses rundingan dengan sekurang-kurangnya lima pengeluar berbeza yang masih belum didedahkan.

CAPIROSSI UJI MOTOSIKAL EV

Pandulaju-EV-MotoGP-2
Pandulaju-EV-MotoGP-3
Pandulaju-EV-MotoGP-4

Bagaimanapun setakat ini, ada dua motosikal EV daripada pengeluar berbeza, Lightning dan Sarolea sudah selesai diuji juara dunia tiga kali, Loris Capirossi, yang juga pegawai keselamatan MotoGP. Jentera yang pertama kali diuji ialah buatan Lightning di Litar Amerika (COTA), April lalu sebelum disusuli Sarolea di litar GP Aragon, Sepanyol pada September lalu.

Berdasarkan maklum balas bekas pelumba MotoGP itu, jentera EV berkenaan memberikan tork dan kuasa cukup baik. Namun, kelemahan utama adalah beban bateri yang membuatkan keseluruhan berat motosikal mencecah lebih 200kg walaupun kurang terasa ketika ujian litar dibuat.

Saya rasa siri perlumbaan elektrik ini akan jadi menarik kerana semua pengeluar pasti ingin mencapai prestasi bateri lebih bagus, dan masalah yang biasa dihadapi ialah haba daripada bateri, bukan kekurangan kuasa."

KUASA BUKAN ISU UTAMA

Benar juga, dengan keupayaan mencapai 179kW (240hp), hingga 119kW (169hp) dalam mod perlumbaan, isu kuasa bukanlah masalah utama jentera EV itu. Menariknya, kritikan utama Capirossi bukan bateri, sebaliknya bunyi atau lebih tepat, motosikal EV tidak berbunyi lansung.

Saya lebih suka bunyi enjin! Memang pelik, cuma dengar bunyi lutut dan permukaan jalan, itu saja."

Pandulaju-EV-MotoGP-5
Pandulaju-EV-MotoGP-5
Pandulaju-EV-MotoGP-3
Pandulaju-EV-MotoGP-6
Pandulaju-EV-MotoGP-1
Pandulaju-EV-MotoGP-4
Pandulaju-EV-MotoGP-2

SUMBER: AMCN

Related

349
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, lightning superbike, loris capirossi, MotoGP, motogp elektrik, motosikal EV, roda2, sarolea superbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev