• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Isuzu D-Max Utah dengan Pek Aksesori Hunstman, Khas untuk Pemburu (UK Sahaja)

Isuzu D-Max Utah dengan Pek Aksesori Hunstman, Khas untuk Pemburu (UK Sahaja)

November 13, 2017 By Abang Hirata 2 Comments

109
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PASARAN trak pikap saiz sederhana bukan saja meriah di negara Asean, tetapi sejak dahulu lagi mempunyai khalayak pembeli tersendiri di negara maju seperti Britain. Asalkan ada pengusaha ladang, peniaga kecil dan penggemar off-road, kenderaan itu pasti ada pembelinya. Inilah yang diperhatikan Mercedes-Benz apabila memutuskan menggunakan platform Nissan Navara untuk menghasilkan pikap X-Class.

Jenama Isuzu meskipun tidak glamor seperti Toyota Hilux atau Ford Ranger, tetapi mempunyai reputasi baik untuk kegunaan industri seperti kenderaan lasak rasmi. D-Max adalah antara sejumlah kecil model Isuzu yang dipasarkan kepada umum memandangkan syarikat ini lebih tertumpu kepada kenderaan komersil seperti lori dan bas.

Berbeza dengan pasaran tempatan yang ada pelbagai versi jalanan (street styling) seperti Diablo dan Arctic, D-Max di Britain lebih bertumpu kepada varian utiliti seperti, Pek Aksesori Huntsman ini.

BACA >>> Isuzu MU-X 'Facelift' (2017) Kini Lebih Elegan, Harga RM176k - RM184k

Menariknya, Isuzu D-Max versi Britain menggunakan enjin baharu yang sama seperti versi Thailand, iaitu 1.9L diesel turbo, juga sesaran enjin paling kecil untuk segmen pikap sebegitu. Aksesori Huntsman itu pula dihasilkan khas untuk varian dua kabin atau double cab D-Max Utah yang menawarkan pelbagai alatan dan barang praktikal untuk kegunaan memburu seperti ruang simpanan senjata api tersorok dan boleh dikunci serta laci storan pelbagai guna.

ISUZU D-MAX HUNTSMAN.02
ISUZU D-MAX HUNTSMAN.06
ISUZU D-MAX HUNTSMAN.12
ISUZU D-MAX HUNTSMAN.14

Berikut ciri Isuzu D-Max Utah dengan Pek Aksesori Huntsman:

  • Bar tunda
  • Sistem laci aluminium dan flap.
  • Kanopi komersil aeroklas dengan rel dan ventilator bumbung
  • Pelapik lantai kargo (under-rail bed liner)
  • Pelindung aluminium bawah enjin depan dan pelindung diferensial belakang
  • Rel bumbung hitam
  • Pemijak sisi hitam
  • Pek hitam (pembuka pintu, cermin sisi, gril depan)
  • Rim aloi hitam 5x18" dengan tayar Pirelli All Terrain (AT)
  • Cangkuk tunda 3.5 tan dan soket elektrik 13 pin.
  • Peredam pintu but (tailgate damper)
  • Pelapik kaki premium
  • Pakej berharga £5,995 (RM33,152)

Selain itu, pembeli juga boleh memesan Kit Suspensi Pedders dengan tambahan harga £1,000 (RM5,530), dan beberapa pilihan lain seperti kemasan dalaman kulit Huntsman dan sangkar anjing. Pek Aksesori Huntsman boleh didapati untuk varian manual dan automatik D-Max Utah Double Cab dalam tiga pilihan warna, Tundra Green (hijau), Cosmic Black (hitam) dan Obsidian Grey (kelabu).

Walaupun disediakan ruang simpanan pistol, D-Max bukan saja untuk kegunaan pemburu, tetapi juga sesuai dijadikan kenderaan golongan profesional dan mereka yang tinggal di luar bandar.

GALERI

Related

109
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Isuzu, Isuzu D-Max, Isuzu D-Max Utah, Isuzu D-Max Utah double cab, Isuzu Huntsman Pack, Pek Aksesori Huntsman, Roda4, Trak, Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
    SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
  • MotorManiac 2025 Kembali 6 September Ini, Sasar 30,000 Pengunjung di Rooftop MyTown KL
    MotorManiac 2025 Kembali 6 September Ini, Sasar 30,000 Pengunjung di Rooftop MyTown KL
  • JAECOO J5 Bakal Lancar Tidak Lama Lagi! Harga Bawah RM120k?
    JAECOO J5 Bakal Lancar Tidak Lama Lagi! Harga Bawah RM120k?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev