SEJAK Fabio Taglioni merekacipta platform V-Twin pertama Ducati pada 1970, jenama berpangkalan di Borgo Panigale itu terus saja melakar sejarah tersendiri. Platform itu, dikenali sebagai L-Twin (kerana silinder depan dilihat selari dengan tanah) terus merentas masa dan digunakan pada semua model jalanan daripada 1299 Panigale hingga Scrambler 400.
BACA >>> Ducati 1299 Panigale R Final Edition - Tribut Enjin Silinder Kembar Legenda!
Pada masa lalu, Ducati hanya mengeluarkan motosikal 4-silinder, Desmosedici RR dengan enjin 989cc V4 berasaskan jentera MotoGP Ducati Desmosedici. Motosikal tersebut cuma ada di pasaran selama dua tahun dan menjadi antara jentera dua roda paling diburu pengumpul koleksi.
Namun, segalanya berubah drastik bagi Ducati menjelang 2018 yang mana pengeluar motosikal terkenal dari Itali itu bakal memasuki era baharu dalam pembuatan superbike V4. Perubahan itu menurut Ducati akan dimulakan dengan Ducati Panigale V4. Jadi apa yang menarik tentang superbike ulung ini?
1. SELAMAT TINGGAL 1299 TWIN, SELAMAT DATANG 1103CC V4 STRADALE
Enjin baharu 90° V4 mampu menghasilkan kuasa 214hp pada 13,000rpm, dan tork 124Nm pada 10,000rpm, iaitu 9hp lebih berkuasa berbanding 1299 Panigale, tetapi 20.6Nm kurang tork. Rev enjin ditetapkan hingga 14,000rpm. Sila ambil perhatian, spesifikasi ini tidak layak untuk siri perlumbaan (misalnya, WorldSBK mengehadkan sesaran untuk enjin kembar pada 1,200cc, manakala 4-silinder untuk 1,000cc) kerana Panigale V4 melebihi had 1,000cc. Bagaimanapun Ducati dijangka melancarkan V4 yang patuh peraturan perlumbaan pada tahun hadapan.
2. FREM MONOKOK DENGAN DESMOSEDICI STRADALE
Ducati Panigale V4 masih menggunakan frem monokok yang menjadikan Desmosedici Stradale sebagai nadi kuasa dengan berat basah 197.7kg, meningkat 7.25kg daripada 1299 Panigale.
3. ADA 3 VARIAN
Berasaskan tradisi tipikal jentera moden masa kini, Ducati Panigale V4 tampil dalam pelbagai versi model - basis, S dan 'Speciale'. Model basis didatangkan dengan suspensi Showa, manakala S dan Speciale dengan Öhlins. Speciale turut dipertingkatkan dengan material gentian karbon.
4. ACI ENGKOL SONGSANG
V4 Stradale, yang dilonjakkan 42 darjah ke belakang seperti tetapan MotoGP, memiliki aci engkol songsang (counter-rotating). Tidak seperti motosikal kilang yang mana aci engkol berputar dalam arah sama seperti roda, ciri songsang Stradale pula bekerja seakan jentera MotoGP. Ini memberi kelebihan kepada aspek pecutan dan pengendalian berasaskan bantuan giroskopik dan inersia.
5. PENCUCUHAN 'TWIN PULSE'
Bagi menghasilkan semula efek lonjakan berterusan V-Twin, V4 Stradale menampilkan pencucuhan 'Denyut Kembar' (Twin Pulse). Dua hand silinder kiri menyala hampir sama seperti dua hand silinder kanan. Arahan tembakan adalah dalam 0°, 90°, 290° dan 380°. Agak teknikal, tetapi apa perlu anda tahu, cara ini adalah seperti jentera GP17 milik Andrea Dovizioso.
6. TREN INJAP DITALA SEMULA
V4 Stradale, menampilkan tren injap (valve train) Desmodromic ditala semula dan pelinciran semi takung kering (dry sump). Tempoh penyenggaraan 7,500 batu (12,070km), manakala servis injap dibuat pada setiap 15,000 batu (24,140km)
7. ÖHLINS UNTUK S, SPECIALE
Model basis datang dengan suspensi Showa Big Piston Fork 43m, dan absorber belakang Sachs yang kedua-duanya boleh laras sepenuhnya. V4 S dan Speciale pula menawarkan suspensi kawalan elektronik: fork Öhlins NIX-30 di depan, dan Öhlins TTX36 (belakang), termasuk peredam stereng Öhlins dengan sistem kawalan berasaskan situasi. Suspensi dan peredam stereng dikawal sistem kawalan generasi kedua, Öhlins Smart EC 2.0 yang antaranya memuatkan teknologi baharu seperti Antaramuka Talaan Berasaskan Objektif (OBTi)
8. KALIPER BREMBO PALING TERKINI
Ducati Panigale V4 menggunakan kaliper Brembo Stylema baharu, iaitu evolusi M50 paling terkini. Rekabentuk lebih kompak berjaya mengurangkan 70 gram berat setiap kaliper. Kaliper 4-piston itu mengepit dua brek cakera 330mm di depan, manakala kaliper 2-piston ditugaskan menjaga cakera tunggal 245mm di belakang.
9. TEKNOLOGI SERBA MAJU
Berikut teknologi terkini yang dimuatkan pada Ducati Panigale V4:
- Belokan ABS Bosch EVO
- Kawalan Traksi Ducati EVO (DTC EVO)
- Kawalan Gelincir (DSC)
- Kawalan Wheelie Ducati EVO (DWC EVO)
- Luncur Kuasa Ducati (DPL)
- Quick Shift atas/bawah Ducati EVO (DQS EVO)
- Kawalan Brek Enjin EVO (EBC EVO)
- Suspensi Elektronik Ducati EVO (DES EVO)
- Pemasa Pusingan Ducati GPS
- Analiser Data Ducati + GPS (opsyen, data analisis trek)
- Sistem Multimedia Ducati (opsyen, cangkuk untuk telefon pintar)
10. TANGKI MOTOGP
Panigale V4 tampil dengan tangki yang sama digunakan prototaip MotoGP. Tangki berkapasiti 16 liter itu menempatkan sebahagian simpanan bahan api di bawah ruang penunggang. Ini membantu merendahkan pusat graviti (CoG), dan menambah baik pengendalian.
11. ADA 3 MOD TUNGGANGAN
Ada tiga Mod tunggang disediakan:
Race: 214hp; kurang bantuan elektronik, untuk penunggang berpengalaman
Sport: 214hp; banyak bantuan elektronik, untuk penunggang kurang pengalaman
Street: 213hp; banyak bantuan elektronik, mendapatkan cengkaman dan kestabilan lebih baik.
12. PAPARAN TFT PENUH
Ducati Panigale V4 didatangkan dengan paparan TFT warna penuh generasi kedua. Skrin 5-inci itu memaparkan dua layout berbeza: Track and Road.
GALERI
SUMBER: UltimateMotorcycling.com
Pion Panigale says
cantik sgt ducati panigale v4 tapi takde duit nak beli... kasi hadiah bole x?