• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #EICMA2017: BMW C 400 X - Gaya Baharu Skuter Urban yang Menyeronokkan

#EICMA2017: BMW C 400 X - Gaya Baharu Skuter Urban yang Menyeronokkan

November 12, 2017 By Aryon 2 Comments

199
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BMW Motorrad tidak berpaling lagi dalam menghasilkan model-model kompak atau asas yang lebih mampu milik. Selepas kejayaan C 600 Sport dan C 650 GT, pengeluar dari Jerman itu memperkenalkan pula skuter era baharu, C 400 X bersesaran 350cc.

Skuter terbaharu BMW itu direka lebih daripada sekadar mengambil kira aspek praktikaliti tunggangan harian dalam bandar. C 400 X menurut BMW, ialah skuter mesra pengguna menyeronokkan, dan tangkas yang tiada pada motosikal konvensional lain.

Antaranya adalah melengkapkan skuter itu dengan komponen premium dan ciri keselamatan moden seperti Kawalan Stabiliti Automatik (ASC), dan brek cakera kembar depan berprestasi tinggi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). 

BACA >>> BMW Motorrad X2City - Skuter Berdiri Elektrik untuk Lebih Mudah Bergerak

LENGKAP CIRI MODEN

bmw-c-400-x-18
bmw-c-400-x-5
bmw-c-400-x-2
bmw-c-400-x-10

C 400 X dikuasa enjin silinder-tunggal 350cc dengan suntikan bahan api elektronik berkuasa 34hp pada 7,500rpm dan tork 34.9Nm (6,000rpm) yang dipadukan transmisi variabel berterusan (CVT). Menyokong unit enjin ialah frem besi tubular yang ditampung set fork teleskopik di depan dan strut spring-dual di belakang.

Ciri istimewa lain dimilik C 400 X ialah kilasan lengan ayun trenpacu yang tegar dengan efek getaran minimum. Sama seperti jentera dua roda BMW lain, C 400 X direka cukup cantik yang memang sinonim dengan kenderaan buatan Jerman.

Ruang simpanan mencukupi, lampu LED penuh, paparan TFT 6.5" multifungsi berwarna, dan pelbagai ciri moden lain lagi. Dari segi penampulan, C 400 X memang cukup menawan yang didatangkan istimewa dengan warna kemasan premium - Zenith Blue Metallic atau Alpine White.

GALERI

SUMBER: Ride Apart

Related

199
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: BMW, BMW C 400 X, EICMA 2017, motosikal, Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2017, roda2, skuter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev