• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Festival 2-Roda Malaysia Kembali Buat Tahun Ke-3

Festival 2-Roda Malaysia Kembali Buat Tahun Ke-3

September 30, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

FESTIVAL 2-Roda Malaysia (M2WF) kembali buat tahun ke-3 dan bakal diadakan di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur pada 3 hingga 6 Disember 2015.

M2WF adalah festival anjuran WSF Travel bersama KUSTOMSIX dengan menghimpunkan peminat-peminat motosikal menerusi pelbagai pengisian menarik selain berkongsi ilmu dan tip keselamatan jalan raya.

Lebih meriah, festival ini turut mendapat kerjasama daripada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur (DPMMKL), Lembaga Pelancongan Malaysia, Jabatan Keselamatan Jalanraya Malaysia (JKJR), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sepanjang berlangsungnya festival, M2WF menyediakan 145 ruang pameran dan jualan terdiri daripada pelbagai jenis motosikal dan basikal berjenama antarabangsa, aksesori, pakaian, bank y serta produk-produk berasaskan dua roda dibawah satu bumbung.

Selain itu, antara aktiviti-aktiviti tambahan turut dijalankan adalah berbasikal riadah sejauh 80km yang bakl disertai 500 orang peserta pada 5 Disember 2015.

M2WF

Pengarah Urusan WSF Travel, Wan Shairi Wan Ahmad berkata, pihaknya memandang berat tentang isu-isu keselamatan penunggang dan pemilik motosikal.

" Oleh itu, kami menyediakan ruangan ini untuk berkongsi tip keselamatan jalan raya selain berkongsi pandangan antara satu sama lain," katanya.

Dalam pada itu, M2WF turut menonjolkan kelainan dengan membawa konsep “Rides Of The Future “ dan menganggarkan seramai 25,000 pengunjung yang akan hadir. Yuran sebanyak RM3.00 untuk dewasa sahaja akan dikenakan dan percuma bagi kanak-kanak, setiap RM1.00 yang dikutip akan disalurkan kepada pusat-pusat amal dan kemanusiaan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: CIDB, FESTIVAL 2-Roda Malaysia (M2WF), KUSTOMSIX, M2WF, Wan Shairi Wan Ahmad, WSF Travel

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev