• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bukan CEO Biasa - Orang Nombor Satu Aston Martin Berentap dalam Perlumbaan 24 Jam

Bukan CEO Biasa - Orang Nombor Satu Aston Martin Berentap dalam Perlumbaan 24 Jam

November 10, 2017 By Abang Hirata 1 Comment

93
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUNIA automotif suatu masa lalu begitu dikaitkan dengan perlumbaan, dan bukan sekadar kajian pasaran, pemasaran, keuntungan dan mobiliti semata-mata. Tidak kurang juga pengasas jenama automotif yang turut terlibat dalam perlumbaan seperti Bruce McLaren (McLaren), Soichiro Honda (Honda) atau Colin Chapman (Lotus).

Malah, mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, iaitu Tan Sri Tengku Mahaleel sendiri adalah seorang pelumba rali. Presiden Toyota Motor Corporation, Akio Toyoda juga adalah seorang pelumba yang mahukan semangat perlumbaan dibawa ke dalam produk Toyota.

BACA >>> Fakta Pantas 24 Hours of Le Mans yang Mesti Anda Tahu

Kini Dr Andy Palmer yang merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aston Martin akan menjadi orang penting seterusnya yarung sut lumba untuk bersaing dalam kejohanan Hankook 24 Hours of CoTA (Circuit of the Americas) di Austin, Texas bermula 11 hingga November ini.

ceo-aston-martin-turun-lumba-2
ceo-aston-martin
dr-andy-palmer-ceo-aston-martin

Palmer akan memandu kereta lumba Aston Martin Vantage GT8 yang menjadi juara dalam kelasnya ketika perlumbaan Nürburgring 24 Hours pada awal tahun ini. Beliau akan berkongsi stereng dengan tiga lagi pemandu, Paul Hollywood, John Hindhaugh dan Peter Cate dalam kelas perlumbaan SP3.

Palmer ialah pelumba amatur dan pernah menyertai perlumbaan Kelab Pemilik Aston Martin sebelum ini di litar Snetterton, Brands Hatch, Rockingham dan Silverstone. Dalam perlumbaan kali ini, beliau diberikan tunjuk ajar oleh beberapa mentor handalan seperti Darren Turner dan Jonny Adam yang mana bersama Daniel Serra pernah memenangi perlumbaan 24 Hours of Le Mans mewakili Aston Martin.

BACA >>> Aston Martin Sertai Red Bull Racing Masuk F1 Musim 2018! James Bond Mesti Tumpang Bangga!

Walaupun kurang pengalaman dalam perlumbaan serius, rakan sepasukan Palmer bukan calang-calang individu. Hollywood pernah bersaing menggunakan kereta Aston Martin GT3 dalam perlumbaan British GT, manakala Cate bersama model GT8 pernah memenangi Nürburgring 24 Hours tahun ini dalam kelas itu.

Perlumbaan itu dijalankan dalam dua sesi, Sabtu jam 9 pagi hingga 11 malam, dan Ahad 8 pagi hingga 6 petang. Sebelah malam pula, kereta disimpan di Parc Ferme (parkir khas) bagi membolehkan pelumba berehat. Daripada sut dengan tali leher kepada kalis api, inilah contoh CEO yang baik untuk syarikat kereta berprestasi!

Andy Palmer has raced with the Aston Martin Owners Club this year in preparation in a standard Vantage GT4 (2)
Andy Palmer has raced with the Aston Martin Owners Club this year in preparation in a standard Vantage GT4
Andy Palmer, CEO Aston Martin
AndyPalmer_02
The Vantage GT8 - 2017 N24 class winner and car of choice for 24 Hours of CoTA (2)

Related

93
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Aston Martin, Aston Martin Vantage GT8, Auto Terkini, Dr Andy Palmer, Hankook 24 Hours of CoTA, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev