• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Scania Malaysia Lancar Dua Model Baharu

Scania Malaysia Lancar Dua Model Baharu

May 17, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

ScaniaMEMAHAMI keperluan industri pengeluar kenderaan yang semakin pesat membangun, Scania Malaysia menambah rangkaian model keluarannya dengan melancarkan Trak Pembinaan dan Koc Scania Marcopolo di Ekspo Bas, Trak dan Komponen Antarabangsa Malaysia 2015 (MIBTC).

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr. Syed Hamid Syed Albar sambil disaksikan Pengarah Urusan Scania Asia Tenggara, James Armstrong.

ScaniaSCANIA MARCOPOLO

Koc Scania Marcopolo Kelas Pertama adalah penyelesaian lengkap bagi semua operator bas. Koc premium ini dibangunkan dengan kualiti yang tiada tandingan baik dari luaran mahupun dalaman. Turut tidak dilupakan aspek keselamatan, keselesaan dan kebolehpercayaan yang tinggi bagi semua penumpang.

Scania Marcopolo adalah model pemasangan tempatan (CKD) hasil daripada kerjasama rapat antara dua peneraju global – Scania dan Marcopolo, pengeluar bas Brazil yang diasaskan pada 1949, dan kini merupakan antara pengusaha bas dan koc yang terbilang di dunia.

Difahamkan, aksesori dalaman boleh dipilih mengikut kesesuaian dan kemahuan pelanggan masing-masing.

ScaniaTRAK PEMBINAAN SCANIA

Disifatkan sebagai ‘Fit for Tough Work’ dan ‘Fit for Tough Business’, ia adalah trak yang tahan lasak, bertenaga dan boleh dipercayai. Ia juga mampu menangani sebarang cabaran persekitaran dan kegunaan dalam industri pembinaan di Malaysia.

ScaniaKOS PEROLEHAN DAN PENYELENGARAAN

Lebih menarik, kedua-dua model ini hadir dengan penyelengaraan percuma dan perkhidmatan ‘Scania Assistance’ selama dua tahun serta ‘Scania Fleet Management’ selama 10 tahun.

Scania Credit Malaysia juga memberi khidmat penyelesaian kewangan dan insuran kepada semua operator bus dan koc Scania.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ekspo Bas, MIBTC, Scania Malaysia, Scania Marcopolo, SPAD, Tan Sri Dr. Syed Hamid Syed Albar, Trak dan Komponen Antarabangsa Malaysia 2015, Trak Pembinaan Scania

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev