• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #EICMA2017: Kawasaki Ninja H2 SX (2018), Supercas Kembara Tidak Lagi Sendirian

#EICMA2017: Kawasaki Ninja H2 SX (2018), Supercas Kembara Tidak Lagi Sendirian

November 9, 2017 By ZY 6 Comments

631
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APAKAH proposal anda meminang Ninja H2 yang sebelum ini ditolak 'menteri kewangan' atas alasan jentera supercas tersebut tidak dapat bawa pembonceng? Sekarang, ada berita baik kepada mereka yang masih terhalang memiliki jentera eksotik itu kerana versi sport-touring kali ini mampu membawa pasangan anda.

Ninja H2 SX baru saja didedahkan secara rasmi di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2017, kelmarin. Menumpukan kepada tunggangan jalanan, enjin supercas generasi kedua, digelar Balanced Type, dibikin khas untuk memberikan kepuasan pengembaraan jentera dua roda kepada anda.

Enjin sesaran 998cc daripada Ninja H2 masih kekal berupaya menjana kuasa 200hp dan tork 136Nm. Bezanya, hantaran kuasa ditala supaya lebih linear pada julat putaran rendah dan pertengahan selain penggunaan bahan api lebih cekap berbanding jentera sports tourer popular Kawasaki, Z1000SX.

Sesuai dengan status motosikal kembara, frem trellis Ninja H2 SX dirombak daripada H2 untuk menampung berat pembonceng, dan juga kotak sisi yang menjadikan berat keseluruhan 256kg, lebih 16kg berbanding Ninja H2.

BACA >>> Kawasaki H2GT - Jentera HyperSports-Tourer dengan Teknologi Lampu Adaptif, Debut November Ini

Usah risau jika tambahan berat itu menyukarkan anda mengawalnya kerana Kawasaki sudah siap sedia melengkapkan segala jenis alat bantu pengendalian seperti Kawalan Traksi (TRC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) pintar KIBS dan lain-lain yang dipakejkan dalam Fungsi Pengurusan Pembelokan Kawasaki Kawasaki (Cornering Management Function - KCMF).

ADA DUA VARIAN

Turut didedahkan, jentera sport-tourer mewah itu didatangkan dalam dua varian, Ninja H2 SX versi asas dan Ninja H2 SX SE (versi seksi?) yang membawa kepada penaiktarafan dalam bentuk deflektor angin lebih tinggi, paparan instrumen TFT LCD, Quick Shifter dua arah (turun-naik) dan lampu belokan adaptif yang pernah kami perincikan beberapa minggu lalu.

Maklumat mengenai harga dan tarikh pelancaran di Malaysia masih belum didedahkan. Apapun, video di bawah mungkin cukup untuk meyakinkan pasangan anda sementara menunggu 2018 tiba tidak lama lagi.

Related

631
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: EICMA, EICMA 2017, Kawasaki, kawasaki z1000sx, ktrc, motosikal, ninja h2, ninja h2 sx, ninja h2 sx se, Pameran Motor Milan (EICMA) 2017, roda2, sport-touring

Comments

  1. Murad sulaiman says

    November 9, 2017 at 8:37 PM

    Price RM?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev