• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #EICMA2017: Honda Gold Wing (2018) dengan Beg Udara Tiba di Eropah

#EICMA2017: Honda Gold Wing (2018) dengan Beg Udara Tiba di Eropah

November 8, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


HONDA sebelum ini mengejutkan industri motosikal antarabangsa apabila memperkenalkan Gold Wing (2018) dengan pilihan beg udara yang merupakan jentera dua roda pertama di dunia menampilkan ciri keselamatan seumpama itu. Honda juga mencipta rekod sebagai pengeluar pertama memperkenalkan Apple CarPlay sebagai ciri standard motosikal.

Sempena Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2017, Honda secara rasmi mendedahkan Gold Wing (2018) di Eropah buat kali pertama. Motosikal itu, yang sinonim dengan keselesaan tunggangan jarak jauh, mewah dan berkualiti, kini sudah pun berusia lebih 40 tahun. Kali ini dibangunkan semula supaya lebih tajam, ringan dan kompak.

Enjin 6-silinder flat kini mempunyai empat injap setiap silinder dan dilengkapi pelbagai teknologi canggih seperti Throttle-by-Wire, Kawalan Tork Pilihan Honda (HSTC), Bantuan Mula Daki (HSA) dan empat mod tunggangan. Casis pula menggunakan frem rasuk aluminium, sistem suspensi depan wishbone berganda dan Pro-Arm tunggal sebelah.

Trenkuasa canggih Honda Gold Wing (2018) disempurnakan dengan transmisi generasi ketiga klac-kembar 7-kelajuan untuk tunggangan mengasyikkan menjelajah pelbagai lokasi seluruh dunia.

GALERI

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: EICMA 2017, Honda, Honda Gold Wing, Honda Gold Wing (2018), Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2017, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my