• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Porsche Bangunkan Sistem Keselamatan Canggih untuk Model Klasik

Porsche Bangunkan Sistem Keselamatan Canggih untuk Model Klasik

November 8, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

27
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMAKIN lama semakin berharga. Itulah nilai model klasik Porsche edisi terhad atau yang masih dalam keadaan asli. Asasnya, sesebuah pengeluar sudah tidak terikat lagi selepas berpuluh tahun transaksi jualan selesai, tetapi lain pula hal dengan Porsche.

Porsche kini sedang membangunkan sistem anti kecurian komprehensif untuk semua model klasik daripada 356 hingga Carrera GT. Sistem tersebut akan mula ditawarkan tahun depan menerusi Porsche Classic Partner dan Porsche Center seluruh Eropah.

BACA >>> Porsche 911 GT3 - Kombinasi Prestasi Trek Kini di Jalanan, RM1.7 Juta!

Ciri utama itu, dipanggil Sistem Penjejakan Kenderaan Klasik Porsche (Porsche Classic Vehicle Tracking System - PCVTS), ialah pakej sensor yang disepadukan di bahagian tersembunyi dalam kenderaan. Peranti berkenaan kemudian akan berkomunikasi dengan rangkaian keselamatan merangkumi seluruh Eropah.

Ketua Porsche Classic, Alexander Fabig berkata, PCVTS membolehkan Porsche menawarkan ciri anti-kecurian dengan mengaktifkan penggera keselamatan jika ada seseorang cuba mencuri kenderaan.

CIRI PCVTS

  • Jika bateri diputuskan bekalan atau jika kenderaan dicuri, aplikasi telefon pintar percuma akan menghantar amaran penggera ke pusat keselamatan antarabangsa dan pelanggan.
  • Jika pemilik mengesahkan akses itu bukan daripada mereka sendiri, laporan akan dihantar kepada pihak berkuasa.
  • Pusat keselamatan menggunakan sensor GPS bersepadu untuk mengenal pasti lokasi semasa, atau laluan kenderaan klasik dan memberikan maklumat segera kepada responden tempatan untuk menjejaki kenderaan tersebut.
  • Sistem juga mempunyai fungsi pilihan wayarles untuk menghalang enjin dihidupkan semula.
  • Pusat keselamatan di negara yang mana sistem itu dibeli akan terus berhubung dengan pelanggan sepanjang kes berlaku bagi mengelakkan sebarang masalah komunikasi bahasa semasa berada di luar negara.
  • Aplikasi telefon pintar Porsche Classic baru juga menawarkan fungsi tambahan lain (bergantung kepada versi negara). Contohnya, lokasi kenderaan klasik dengan mudah ditunjuk telefon pintar pada bila-bila masa, manakala maklumat laluan yang direkodkan juga boleh diakses.
  • Jika pelanggan meminjamkan Porsche klasik mereka kepada orang lain, fungsi geofence boleh digunakan untuk mengehadkan lokasi penggunaan. Jika melebihi lokasi ditetapkan, aplikasi akan menghidupkan penggera secara automatik.
  • Fungsi sama juga boleh digunakan untuk mengawal kelajuan kenderaan.
  • Mod Workshop direka semasa penyenggaraan dibuat. Penggera akan dinyah aktif apabila bateri dikeluarkan dalam tempoh masa tertentu.
  • Mod Transport pula digunakan jika kenderaan perlu ditunda untuk memastikan sistem tidak menghidupkan isyarat penggera.
  • Pemasangan sistem itu ditetapkan khusus oleh Porsche Classic Partner atau Porsche Centre.

Related

27
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: ciri keselamatan Porsche klasik, Porsche, Porsche Classic Vehicle Tracking System, Roda4, sistem keselamatan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev