• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Porsche Macan Turbo Exclusive Performance Edition - 3.6L V6 Turbo, 440hp

Porsche Macan Turbo Exclusive Performance Edition - 3.6L V6 Turbo, 440hp

November 2, 2017 By Abang Hirata 1 Comment

122
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APAKAH yang pengeluar lakukan dengan model terpantas mereka? Kebiasaannya, cuma satu varian khas dibangunkan dengan mempertingkatkan prestasi enjin, manakala dinamik pemanduan ditala semula supaya lebih fokus ibarat memandu dalam litar. Tetapi apakah yang pengeluar lakukan untuk sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV)?

Porsche sebagai pengeluar supercar tersohor turut tidak melupakan model SUV apabila melahirkan Porsche Macan Turbo Exclusive Performance Edition berasaskan model terpantas, Macan Turbo dengan Pakej Prestasi (Performance Package) hasil janaan enjin 3.6L V6 Turbo berkuasa 440hp.

BACA >>> 7 Fakta Awal Tentang Lamborghini Urus yang Perlu Anda Tahu

Menariknya, SUV itu dibikin secara pemasangan tangan oleh pasukan divisyen khas Pengeluaran Eksklusif Porsche di kilang Leipzig, Jerman.

Berikut Ciri Porsche Macan Turbo Exclusive Performance Edition

Gaya

  • Sama seperti model Macan Turbo, tetapi menampilkan ciri eksklusif.
  • Spoiler depan, apron belakang dan logo Macan turbo warna merah Carmine Red
  • Rim 21-inci 911 Turbo dengan sisi warna hitam kilat.
  • Lampu LED dan lampu belakang LED berwarna.
  • Logo Macan turbo juga warna merah Carmine Red.

Dalaman

  • Ruang kabin dengan kemasan hitam-merah Garnet Red.
  • Ulangan warna hitam-merah pada kerusi, tali keledar, lingkaran jam dan tombol gear.
  • Logo Macan Turbo Exclusive Performance Edition pada sil pintu dan papan pemuka.

Trenkuasa

  • Enjin V6 3.L dengan turbo-kembar.
  • Berkuasa 440hp, iaitu 40hp lebih daripada Macan Turbo.
  • Tork maksimum 600Nm pada 1,500rpm - 4,500rpm.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 4.4 saat dengan kelajuan maksimum 272kmj.
  • Mengambil masa 2.9 saat untuk memecut 80-120kmj.
  • Sistem ekzos sport.

Pengendalian

  • Sistem brek berprestasi tinggi dengan cakera brek berdiameter 390mm.
  • Sistem suspensi Pengurusan Suspensi Aktif Porsche (Porsche Active Suspension Management - PASM).
  • Profil badan direndahkan 15mm.

Seperkara lagi yang membuatkan model itu cukup eksklusif adalah kerana ia ditawarkan di negara terpilih sahaja. Di Jerman, Porsche Macan Turbo Exclusive Performance Edition dijual pada harga €116,091 (RM571,910).

GALERI

Related

122
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Porsche, Porsche Macan, Porsche Macan Turbo Exclusive Performance Edition, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my