• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / 8 Unit Aprilia RSV4 RF Habis Ditempah, RM127,571 Seunit

8 Unit Aprilia RSV4 RF Habis Ditempah, RM127,571 Seunit

October 29, 2017 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NAZA Premira memperkenalkan Aprilia RSV4 RF dan Aprilia Tuono 1100 V4 Factory ke pasaran tempatan. Sebagai permulaan, pengedar jenama Aprilia di Malaysia itu membawa masuk lapan unit, dan semua unit sudahpun habis ditempah.

Generasi pertama Aprilia RSV4 pertama kali dikeluarkan pada 2008 dan menjadi motosikal kasta tertinggi yang dibanggakan Aprilia dalam segmen supersport. Jentera itu didatangkan dengan prestasi berkuasa tinggi dan kelajuan tinggi. Terkini, model RSV4 RF akan tiba ke pasaran tempatan menerusi warna grafik Superpole.

BACA >>> Aprilia Tuono V4 1100 Factory Kini di Malaysia - RM104,251!

Berikut 5 perkara yang perlu anda tahu mengenai RSV4 RF:

1. PRESTASI

Model RSV4 RF ialah jentera paling berkuasa buatan Aprilia. Dijana enjin 4-silinder 999.6cc DOHC penyejukan cecair, jentera ini mampu menghasilkan kuasa 201hp pada 13,000rpm dan tork 115Nm pada 10,500rpm. Dilengkapi teknologi Ride -by-Wire, hantaran kuasa ke roda belakang dibantu transmisi 6-kelajuan bersama padanan teknologi Aprilia Quick Shift (AQS) dan mampu mencapai kelajuan 250kmj.

2. KERANGKA

Bahagian frem RSV4 RF menggunakan material aluminium yang menyumbang kepada berat badan ringan dan kukuh. Keselesaan tunggangan diserahkan kepada suspensi terbalik (USD) Öhlins NIX 43mm dengan peredam boleh laras di depan. Sementara itu, monoshock Öhlins TTX dengan nisbah dan redaman boleh laras dipasang pada roda belakang.

Prestasi mantap di selekoh dibantu tayar bersaiz 120/70-R17 di depan dan 200/55-R17, belakang. Aprilia mempertaruhkan cakera apungan berganda bersaiz 330mm di depan dan cakera 220mm di belakang bagi menghentikan jentera seberat 180kg itu. Tidak ketinggalan ciri ABS didatangkan sebagai standard.

3. REKAAN

Jentera supersport itu tampil sporty menerusi rekaan tiga lampu utama terpisah. Rekabentuk berkenaan ialah ciri khas model Aprilia dan turut didatangkan dengan ciri LED untuk pencahayaan lebih terang.

Selain itu, deflektor angin juga disediakan untuk melindungi terpaan angin dari hadapan. Posisi duduk RSV4 RF seakan posisi tunggangan pelumba yang sedikit menunduk, manakala rekaan belakang sedikit tirus. Motor ini juga didatangkan dalam pelana tunggal.

Panel instrumen digital menawarkan dua skrin berbeza di tengah. Tangki minyak bersaiz 18.5 liter direka dengan lekukan di kiri dan kanan untuk memudahkan penunggang meletakkan bahagian lutut mereka.

4. PERALATAN ELEKTRONIK

Demi ketenangan tunggangan pemilik, Aprilia juga menyediakan aneka teknologi terkini sebagai ciri standard, antaranya Kawalan Tunggangan Prestasi Aprilia (APRC), Kawalan Traksi Aprilia (ATC), Kawalan Wheelie Aprilia (AWC), Kawalan Luncur Aprilia (ALC), Kawalan Jelajah Aprilia (ACC), Pengehad Pit Aprilia (APL), ABS selekoh, V4-MP, dan Quick Shift Aprilia (AQS).

5. HARGA

Harga jualan RSV4 RF ialah RM127,571 seunit (termasuk GST).

GALERI

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Aprilia, Aprilia RSV4 RF, motosikal, roda2, supersport

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev