• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Go Auto Bakal Lancar Bas Elektrik Hujung Tahun Ini

Go Auto Bakal Lancar Bas Elektrik Hujung Tahun Ini

October 28, 2017 By Abang GYL 1 Comment

140
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Bas Elektrik Go Auto GO AUTO kini berada atas landasan tepat dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluar dan komponen kenderaan elektrik (EV) serantau apabila bakal memperkenalkan bas elektrik dalam masa terdekat. Pengarah Eksekutif Go Auto, Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamal berkata, semua prototaip EV itu kini sudah hampir siap sepenuhnya.

Tambah Azli lagi, Go Auto diberikan kepercayaan membekalkan bas elektrik yang melibatkan kos pelaburan bernilai RM30 juta daripada Kerajaan Melaka. Unit terawal bas elektrik dijangka diserahkan pada hujung tahun ini.
Bas Elektrik Go Auto
Pada masa sama, Go Auto turut dalam perbincangan terakhir untuk beberapa projek baharu lain bagi membekalkan bas elektrik lain. Selaras Dasar Automotif Negara (NAP) 2014, Malaysia menetapkan sasaran satu juta jumlah jualan industri (TIV) menjelang 2020, dan 10 peratus ialah EV.

Pembabitan Go Auto dalam membangunkan EV dan komponen berteknologi tinggi adalah sebahagian usaha menjayakan NAP2014. Ini secara tidak langsung meletakkan Go Auto antara syarikat peneraju utama yang komited mahu membangunkan ekosistem EV secara serius.

Go Auto turut menjalinkan kerjasama dengan beberapa syarikat pengeluar EV, seperti pembuat bateri Microvast dari Amerika Syarikat dan pengeluar bas Higer.

GALERI

Bas Elektrik Go Auto
Bas Elektrik Go Auto
Bas Elektrik Go Auto
Bas Elektrik Go Auto

Related

140
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: bas elektrik, bas elektrik go auto, bas ev melaka, Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamal, EV bus, Go Auto

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my