• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Berita Gembira!!! BMW G 310 RS Kini di Malaysia - Harga RM29,900!

Berita Gembira!!! BMW G 310 RS Kini di Malaysia - Harga RM29,900!

October 27, 2017 By Abang GYL 4 Comments

10.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

BMW G 310 GS MalaysiaSELEPAS pelancaran BWM G 310 R pada Ogos lalu, kini giliran BMW G 310 GS pula memeriahkan lagi segmen motosikal premium berkapasiti 500cc ke bawah. Motosikal touring itu kini secara rasmi berada di pasaran tempatan dan boleh dilihat lebih dekat lagi di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sempena perlumbaan MotoGP Malaysia, hujung minggu ini.

HARGA

  • BWM G 310 GS - RM29,900

* Harga atas jalan tidak termasuk insurans dan GST.

3 PILIHAN WARNA

  • Hitam - Cosmic Black
  • Merah - Racing Red
  • Putih - Pearl Whote

Secara kasar, BMW G 310 R dan BMW G 310 GS nampak seakan sama, tetapi sebenarnya ada sedikit perbezaan. Sebagai makluman, BMW G 310 R ialah motosikal roadster, manakala BMW G 310 GS ialah jentera touring. Harga BMW G 310 R pula RM26,900, lebih murah RM3,000.

BMW G 310 GS pula masih mempertahankan elemen penggayaan daripada abang besarnya, GS yang dapat dilihat menerusi paruh depan besar, lapisan radiator, kowl lampu depan dan pelekat GS pada tangki minyak. Lebih tampak garang, ruangan roda depan dipadankan rim 19-inci, manakala roda belakang, 17-inci.

BACA >>> 36 Foto Ini Pasti Buatkan Anda Terpikat dengan BMW G 310 R

2017-bmw-g-310-gs-15
2017-bmw-g-310-gs-10
2017-bmw-g-310-gs-14
2017-bmw-g-310-gs-1

ENJIN 313CC - SAMA SEPERTI BMW G 310 R

Nadi penggerak BMW G 310 GS ialah enjin sama yang ada pada BMW G 310 R, didatangkan dengan enjin 313cc silinder tunggal penyejukan cecair berkuasa 34hp pada 9,500rpm dan tork 28Nm (10,500rpm). Jentera ini juga turut mematuhi piawaian emisi Eropah, Euro 4.

Hantaran kuasa ke roda belakang diuruskan kotak gear 6-kelajuan dengan berat jentera 169kg. Sistem suspensi depan menggunakan jenis fork terbalik (USD) bersama travel 41mm, manakala suspensi belakang daripada monoshock berserta travel 180mm boleh laras.

Aspek keselamatan BMW G 310 GS hadir bersama Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan pengangkut barang (carrier) sebagai ciri standard, termasuk aksesori lain seperti hendal dengan ciri pemanas, navigasi satelit, soket kuasa 12v dan opsyen ketinggian pelana, 820mm dan 850mm.

Antara BMW G 310 R dan BMW G 310 RS, mana satukah pilihan anda?

BACA >>> #Videotomotif: Beginilah Bunyi Ekzos BMW G 310 R Apabila Enjin Dihidupkan

GALERI

Harga BMW G 310 GS Malaysia
BMW G 310 GS Malaysia
BMW G 310 GS Malaysia
BMW G 310 GS

Related

10.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: BMW, BMW G 310 GS, BMW G 310 GS baru, BMW G 310 GS Malaysia, BMW G 310 R, BMW G 310 R baru, Enjin BMW G 310 GS, Enjin BMW G 310 GS Malaysia, Harga BMW G 310 GS, Harga BMW G 310 GS Malaysia, motosikal, roda2, Warna BMW G 310 GS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev