• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Neo Sports Cafe Racer - Generasi Naked Sports Masa Hadapan

Honda Neo Sports Cafe Racer - Generasi Naked Sports Masa Hadapan

November 7, 2017 By Admin PanduLaju 1 Comment

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMPENA Pameran Motor Tokyo 2017, Honda Motor Jepun memanfaatkan tempoh yang ada dengan menampilkan pelbagai model baharu dan konsep. Antara paling menarik perhatian pengunjung ialah penampilan motosikal konsep, Neo Sports Cafe Racer yang  menurut Honda ialah bayangan kepada generasi naked sports masa hadapan.

Honda bagaimanapun masih belum membincangkan fasa pengeluaran model konsep tersebut yang dibina khas buat penunggang matang dan berpengalaman dalam mengendalikan sportbike. Enjin, suspensi dan nisbah badan kompak menyumbang kepada kelancaran tunggangan, manakala aspek rekaan menyerlahkan bahasa rekabentuk sportbike.

BACA >>> Honda Eropah Pamer 6 Motosikal Custom Era Klasik, Moden

Tiada maklumat lengkap dikeluarkan, dan Honda hanya mendedahkan saiz dimensi dengan ukuran panjang 2,080mm panjang, 790mm (lebar) dan 1,090mm (tinggi). Tangki bahan api merah dan pelana terapung memberikan kesan penampilan serba maskulin. Sistem suspensi nampak kukuh, manakala bar hendal dilihat agresif dengan kemasan krom pada beberapa bahagian badan.

honda-neo-sports-cafe-2017-1
honda-neo-sports-cafe-2017-2
honda-neo-sports-cafe-2017-3
honda-neo-sports-cafe-2017-4
honda-neo-sports-cafe-2017-5

Penampilan gaya klasik moden pada Neo Sports Cafe Racer dapat dilihat pada rekaan lampu depan bula, dan dapat dibezakan dengan pesaing yang menerima pengaruh, Confederate Hellcat dan model Husqvarna. Suspensi depan daripada jenis terbalik (USD), manakala belakang menggunakan suspensi tunggal atau monoshock. Bahagian rim menggunakan roda tuang di depan dan belakang, bersama brek cakera.

Jika berada di pasaran, Neo Sports Cafe Racer akan bersaing dengan Triumph Thruxton dan BMW R nine. Namun, pada masa kini masih tiada kepastian tentang pengeluaran massa dan hanya akan terjawab jika motosikal itu tampil di EICMA. Memang ada kemungkinan motosikal konsep itu bakal menjadi kenyataan.

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda, Honda Neo Sports Cafe Racer, motosikal, motosikal konsep, Pameran Motor Tokyo 2017, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
    #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev