• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #TMS2017: Kawasaki Dedah Sportbike untuk Novis - Ninja 400

#TMS2017: Kawasaki Dedah Sportbike untuk Novis - Ninja 400

October 27, 2017 By Admin PanduLaju 3 Comments

FacebookTwitter


SELEPAS beberapa bulan berspekulasi, termasuk beberapa imej bocor dan video intipan tersiar di YouTube, Kawasaki akhirnya mendedahkan model Ninja 400 di Pameran Motor Tokyo 2017. Pastinya model berkenaan dibina khas untuk pasaran Eropah supaya mematuhi piawaian Euro4 yang menjadi sebab mengapa Kawasaki perlahan-lahan bakal menghentikan pengeluaran Ninja 300.

Pengganti Ninja 300 itu akan didatangkan dengan enjin dan casis serba baharu, bersesaran 399cc Parallel Twin DOHC yang berupaya menghasilkan kuasa 44.8hp berbanding 39hp pada Ninja 300, manakala tork maksimum mencapai 38Nm. Pertambahan kuasa Ninja 400 itu berpunca daripada saringan udara lebih besar dan enjin yang kali ini dibikin lebih ringan berbanding Ninja 250.

BACA >>> Kawasaki Ninja 400 Bakal Terjah Pasaran AS?

Bahagian casis turut diperbaharui menggunakan frem trellis daripada material keluli tahan karat yang menyumbang kepada berat jentera lebih ringan, iaitu 168kg, pengurangan sebanyak 6kg. Tugas pengendalian pula diserahkan kepada suspensi teleskopik lebih besar berukuran 41mm (depan) dan monoshock (belakang), manakala urusan membrek diberikan kepada cakera semi apungan 310mm yang siap dilengkapkan Nissin ABS.

REKABENTUK DIPERBAHARUI

2018 Kawasaki Ninja 400
2018 Kawasaki Ninja 400
2018 Kawasaki Ninja 400
2018 Kawasaki Ninja 400

Asasnya, Kawasaki Ninja 250 dan Ninja 400 memiliki rekabentuk sama. Lampu depan, belakang dan signal belok didatangkan dengan ciri LED. Bahagian kluster instrumen pula mengambil rekaan Ninja 650, manakala seluruh jasad diselubungi seragam Kawasaki Racing Team dan lencana 400 di sisi fairing.

Rekabentuk badan yang lebih 'sado' diilhamkan daripada model flagship Ninja H2. Ini secara tidak langsung menyerlahkan visual sebuah jentera berpenampilan lebih besar dan lebar berbanding model terdahulu. Malah dibekalkan bersama deflektor angin.

Tangki minyak berukuran standard, 14 liter dengan bentuk besar dan berlekuk dalam. Ergonomik Ninja 400 dipasangkan set pelana berketinggian 786mm yang pastinya melegakan hati bakal pemilik jentera itu yang berfizikal rendah.

Selain itu, Ninja 400 turut dilengkapi ciri klac assist-and-slipper yang berfungsi melancarkan proses penukaran gear. Terdapat juga ciri baharu lain, iaitu soket pengecas 12V yang ketika ini banyak ditawarkan model skuter. Di pasaran, Ninja 400 boleh dipilih dalam tiga warna menarik, iaitu Metallic Spark Black (hitam), Lime Green (hijau) dan Edisi Ebony KRT.

Apakah peminat dua roda Malaysia sudi menerima pendatang baharu ini?

GALERI

2018 Kawasaki Ninja 400
2018 Kawasaki Ninja 400
2018 Kawasaki Ninja 400
2018 Kawasaki Ninja 400
2018 Kawasaki Ninja 400
2018 Kawasaki Ninja 400
2018 Kawasaki Ninja 400
2018 Kawasaki Ninja 400
2018 Kawasaki Ninja 400
2018 Kawasaki Ninja 400
2018 Kawasaki Ninja 400
2018 Kawasaki Ninja 400
2018 Kawasaki Ninja 400
2018 Kawasaki Ninja 400

 

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kawasaki, Kawasaki Ninja 400, motosikal, Pameran Motor Tokyo 2017, roda2, sportbike novis, TMS2017

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my