• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha Niken - Si Tiga Roda yang Mampu 'Corner Baring'

Yamaha Niken - Si Tiga Roda yang Mampu 'Corner Baring'

October 25, 2017 By Aryon 3 Comments

5.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA mendedahkan Niken pada Pameran Motor Tokyo 2017, sekali gus mengesahkan kelibat motosikal tiga roda itu kepada umum. Butiran enjin yang diambil daripada MT-09 agak tidak terperinci.

Namun, apa boleh dimaklumkan, model pelik ini menggunakan enjin 3-silinder, 847cc yang sama seperti MT-09 dan suspensi belakang gaya-basikal. Suspensi depan pula sama seperti skuter Tricity dengan dua kaki fork yang memegang roda depan bersaiz 15-inci.

Yamaha menggambarkan NIKEN sebagai jentera Leaning Multi-Wheeler (LMW) bersesaran besar yang dikuasakan enjin 3-silinder sebaris dengan penyejukan cecair. Model ini dilengkapi teknologi LMW untuk mengurangkan kesan perubahan persekitaran tunggangan dan memberikan lebih rasa kestabilan ketika melayan selekoh.

BACA >>> 'Ninja Kaki Tiga' aka Yamaha MWT-9 Bakal Debut di Tokyo!

yamaha-niken-16
yamaha-niken-17
yamaha-niken-6

Niken juga mampu memberikan prestasi cemerlang untuk tunggangan sporty dan bersemangat atas pelbagai permukaan jalan dan keupayaan meredah selekoh demi selekoh jalan. Rekabentuk badan menggunakan sepenuhnya mekanisme suspensi gantungan depan yang tidak pernah diperkenalkan pengeluar lain sebelum ini.

Bersama roda depan 15-inci dan fork terbalik (USD)  tiub-dual, Niken secara visual berjaya menyerlahkan prestasi sporty, termasuk rasa dan rupa berkualiti tinggi.

Berikut spesifikasi ringkas tentang NIKEN:

Panjang x Lebar x Tinggi: 2,150 mm x 885 mm x 1,250 mm
Enjin: 4-lejang, DOHC, 4-injap, penyejukan cecair
Aturan Silinder: 3-silinder sebaris
Sistem Bahan Api: Suntikan Bahan Api

MAMPUKAH PEMANDU KERETA MENUNGGANG?

Apa paling ketara tentang Niken ialah kelebaran. Di banyak negara, saiz sedemikian membolehkan pemegang lesen kereta menunggang jentera tiga tayar ini tanpa perlu mengambil lesen baharu. Di Britain misalnya, mereka berusia 21 tahun ke atas yang memiliki lesen memandu penuh boleh saja menunggang Niken dalam apa saja kuasa dan kapasiti enjin.

BACA >>> Bagaimanakah Yamaha Niken 'Layan Corner'?

Jika mampu memasuki pasaran tersebut, Yamaha sebenarnya sedang menyerang kelompok pembeli baharu yang mahu merasai pengalaman bermotosikal tanpa perlu bersusah payah mengambil lesen baharu, atau khas buat mereka yang 'gayat' menunggang jentera dua roda.

GALERI

Related

5.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: motosikal tiga tayar, Pameran Motor Tokyo 2017, Yamaha, Yamaha Niken

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev