• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Moped Modenas Siap Sedia Lawan Yamaha Y15ZR, Honda RS150R?

Moped Modenas Siap Sedia Lawan Yamaha Y15ZR, Honda RS150R?

October 24, 2017 By Abang GYL 11 Comments

11.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NAMPAK gaya, kehadiran super moped Modenas ke pasaran tempatan semakin hampir dengan kemunculan beberapa foto bocor yang dihantar pembaca kami. Walaupun tampak kurang jelas kerana berbalut plastik, tetapi kami yakin itu ialah super moped Modenas baharu.

Jika anda masih ingat, rakan media kami, Mekanika Malaysia sebelum ini pernah menyiarkan foto super moped Modenas. Selepas diteliti, memang betul itulah super moped milik Modenas!

Moped Modenas
Lebih menarik, kami turut dimaklumkan model super moped Modenas itu bukan hanya dipadankan enjin 150cc, tetapi turut dijana jantung bersesaran 175cc. Ya, super moped Modenas baharu nanti bakal didatangkan dalam dua varian enjin, 150cc dan 175cc.

Menurut sumber pembaca kami itu, pasaran tempatan akan menawarkan enjin bersesaran 175cc, manakala 150cc pula dibikin khas untuk eksport luar negara.

BACA >>> Apakah Ini Foto Moped Modenas? Bakal Dilancarkan Awal Tahun Depan?

DI PASARAN TAHUN HADAPAN

Model super moped Modenas baharu itu nanti khabarnya bakal memasuki pasaran tempatan tahun hadapan. Kini, selepas sekian lama menanti, rasanya inilah berita baik buat semua peminat dua roda yang memang ternanti-nanti kehadiran moped nasional berprestasi tinggi itu.

Proses pembuatan enjin super moped dibikin khas pasukan jurutera Modenas sendiri. Modenas mendakwa menghantar sembilan juruteranya untuk berkampung hampir tiga tahun di Universiti Graz, Austria semata-mata bagi memastikan proses pembangunan enjin berjalan lancar.

Foto Moped Modenas_PanduLaju (2)
Foto Moped Modenas_PanduLaju (1)
Foto Moped Modenas_PanduLaju (3)
Foto Moped Modenas_PanduLaju (8)
Foto Moped Modenas_PanduLaju (6)
Foto Moped Modenas_PanduLaju (4)

HARGA

Apa yang pasti, kehadiran super moped Modenas bakal memberi saingan buat moped sport lain di pasaran seperti Yamaha Y15ZR, Honda RS150R dan Benelli RFS 150i. Jika Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R dijual pada harga sekitar RM9,000, berapa pula harga perlu diletakkan Modenas?

Kami menjangka super moped Modenas dijual sekitar RM8,000 hingga RM9,000. Walaupun Modenas ialah pengeluar pertama menyuarakan hasrat mahu menghasilkan model moped sport, tetapi mereka pula yang terakhir memperkenalkannya. Apapun, kami yakin penambahbaikan daripada 150cc kepada 175cc adalah satu keputusan bijak.

Persoalannya, mampukah super moped Modenas memikat hati anda? Bolehkah bersaing dengan pesaing lain seperti Yamaha Y15ZR, Honda RS150R ataupun Benelli RFS 150i?

BACA >>> Yamaha Y15ZR Atau Honda RS150R? Kami Ada Jawapannya…

Sama-sama kita nantikan. Tunggu perkembangan terkini daripada PanduLaju.com.my. Buat Ahmad Ahmad, artikel ini khas untuk anda 🙂

GALERI

moped modenas
Moped Modenas
Harga Moped Modenas
Moped Modenas
moped 175cc Modenas
harga moped modenas
moped 175cc Modenas

Related

11.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: harga moped modenas, Modenas, Moped, moped modenas, moped modenas 150cc, moped modenas 175cc, moped modenas malaysia, moped sport, roda2

Comments

  1. Abdul Hamid bin Bujang says

    October 24, 2017 at 8:14 PM

    Thumb up and well done a good job for those who have participate.Wish , it will get the heart of Malaysian biker and become the most popular for those who want fast and smooth ride

    Reply
    • SENUSI B.OSMAN says

      January 29, 2020 at 10:58 PM

      apa kata convert body CT 115 S dgn menggunakan injin Pulsar 160 cc jadi MOPED MODENAS 160CC

      Reply
  2. Limau says

    October 24, 2017 at 10:32 PM

    Part lain cantik...
    Tp, perlu ke lampu utama sebesar it
    u...Adoii...

    Reply
  3. Saga3 says

    October 25, 2017 at 1:59 AM

    Terbaik modenas..! Harapnya modenas akan bangunkan kapcai bersesaran 200cc dan 225cc silinder tunggal dalam Masa 10thn mendatang.. Dijual pada harga rm11k dan rm12k rasanya tidak keterlaluan pada Masa itu.. :p

    Reply
  4. Yakuza says

    October 25, 2017 at 2:29 PM

    Smua ok tpi part lampu
    Depan 2 yg x ok.tgok ace kurang sambutan tpi ct115s smart rmai bebudak pkai.hrp modenas pjgkan teguran ni utk kebaikan modenas..skdar pendapat sye

    Reply
  5. kmal says

    October 25, 2017 at 3:25 PM

    Sabar menantikan kehadiranmu wahai super moped modenas. Sabar model lampu kat dada tu mungkin untuk pasaran luar negara kot mana la tahu

    Reply
  6. Zam says

    June 7, 2018 at 4:00 PM

    Dah berkubur..sonyap jo..

    Reply
  7. Faris says

    September 5, 2018 at 3:48 PM

    Xde pon boss motornya...nnth2 sma kes cam jaguh x...modal wat moto lgi mahai dri jual moto

    Reply
  8. Mahadhir says

    November 16, 2018 at 11:17 AM

    Berita ni dah dikeluarkan pada tahun 2017. Namun sekarang sudah pun di penghujung 2018 masih belum ada sebarang berita pasal model ni. Mungkin ada modenas hasilkan tapi hanya utk pasaran antarabangsa luar. Walau bagaimana pun jika ada sekalipun model ini, lampu utama yang direka & dipasangkan pada pemuka fairing bawah handle motosikal bukanlah kegemaran ramai. Kalau modenas serius nak keluarkan juga model ini di negara ini, mohon pihak jurureka rekabentuk olah semula rekabentuk kedudukan lampu utama hadapan tu dan diletakkan di atas handle sepertimana moped jenama lain yang sediada di pasaran sekarang.

    Reply
  9. alias says

    January 30, 2020 at 1:31 PM

    bila tahun la nk keluar.. 2020 dah sekarang nie..

    Reply
  10. zazrie says

    April 22, 2021 at 10:07 AM

    dah tahun 2021 ni oooiiii... mana ke supermoped nya tu...???

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev