WALAUPUN selesa menguasai pasaran sejak awal tahun ini, PT Astra Honda Motor (AHM) jelas tidak mahu membiarkan model paling laris di Indonesia, Honda BeAT diatasi pesaing lain dengan memperkenalkan BeAT POP eSP baharu.
Tampil dengan rupa lebih segar menerusi rekaan strip baharu 'Cool Pixel', Beat POP eSP kali ini didatangkan bersama rim 14-inci yang menyerlahkan sosok sporty skuter tersebut. Ini ditambahkan pula 4 pilihan warna menarik, iaitu Harmony Black White (hitam-putih) dan Symphony White Blue (putih-biru) untuk varian CW dan CBS, dan Acoustic Black (hitam) dan Groovy Red White (merah-putih) untuk varian CW dan CBS-ISS.
BACA >>> Honda BeAT Skuter Pertama Diiktiraf EEV - Harga RM5,565 Seunit
Pengarah Pemasaran AHM, Thomas Wijaya berkata, penampilan Honda BeAT kali ini adalah mengikut trend remaja masa kini.
Honda BeAT POP eSP baharu menampilkan strip Cool Pixel baharu, rekabentuk rim baharu, dan tayar tanpa tiub yang lebih tahan bocor dan lebih selesa. Ciri-ciri ini diharapkan dapat menemani rutin harian anak muda yang ekspresif dan penuh daya tarik."
Honda BeAT POP eSP baharu dijual pada harga atas jalan Rp14,725,000 (RM4,614) - varian CW, Rp14,925,000 (RM4,676) - varian CBS dan Rp15,425,000 (RM4,833) - CBS-ISS. AHM menyasarkan jualan barisan Honda BeAT sebanyak 1.9 juta unit setahun.
SPESIFIKASI
Enjin: 4-Lejang, SOHC dengan Penyejukan Udara, eSP
Sesaran: 108,2 cc
Nisbah Mampatan: 9.5:1
Kuasa Maksimum: 8.68ps @ 7,500rpm
Tork Maksimum: 9.01Nm @ 6,500rpm
Sistem Penghidup: Penghidup ACG Starter, Pedal & Elektrik
Sistem Bahan Api: Suntikan Bahan Api (PGM-FI)
Transmisi: Automatik, V-Matic
Kapasiti Tangki: 3.7 liter
Tinggi Pelana: 735mm
Suspensi: Teleskopik (depan), Lengan ayun, dan monoshock (belakang)
Tayar: 80/90-14 M/C 40P (depan), 80/90-14 M/C 46P (belakang)
Leave a Reply