CHIN Kun On atau lebih mesra dikenali sebagai Uncle Chin bekerja sebagai kontraktor perumahan di Kulim, Kedah sebelum dia terlibat kemalangan pada tahun 2000 yang menyebabkan beliau kehilangan kaki kanannya. Namun, kecacatan bukan alasan untuk Uncle Chin meminta simpati orang ramai dengan cara meminta sedekah.
Menurut Uncle Chin, beliau cuma cacat kaki, bukan otak. Selepas dicadangkan rakan supaya bekerja menjual aiskrim kerana mudah dan lebih sesuai dilakukan, beliau terus nekad belajar menunggang motosikal orang kurang upaya (OKU).
Katanya, inilah kali pertama beliau menunggang motosikal. Sebaik selesai mendapatkan lesen, beliau terus bekerja sebagai penjual aiskrim bermotosikal.
TERPAKSA HARUNGI 100KM SETIAP HARI
Lebih mencabar, Uncle Chin perlu berulang alik menunggang motosikal sejauh lebih 100km setiap hari dari Kulim ke Selama Kedah, kerana perlu pergi ke lokasi yang difikirkan boleh untung menjual aiskrim.
Tambahnya, tempat paling untung ialah di kawasan sekolah, terutama musim persekolahan kerana aiskrim yang dijualnya cepat habis. Malah, Uncle Chin terpaksa mengharungi segala susah payah itu sendirian memandangkan isterinya tidak dapat bekerja kerana mengidap barah.
Paling penting, Uncle Chin tidak pernah berkrompomi dalam hal penyenggaraan motosikal. Tanpa mengharapkan bantuan ehsan orang lain, Uncle Chin turut berkongsi cara beliau menjaga prestasi enjinnya dengan menukar sendiri minyak enjin jenis PETRONAS Sprinta dengan UltraFlex setiap 15 hari atau dua kali dalam sebulan.
Setakat ini, beliau berkata, motosikalnya tidak pernah buat hal lagi malahan terasa lebih ringan dan sedap ditunggang. Selain kekuatan semangat, minyak pelincir ini banyak membantu beliau menjalani perniagaan bagi menyara ahli keluarganya.
KONGSIKAN CERITA INSPIRASI ANDA
Apakah anda berkongsi kisah inspirasi yang serupa atau lebih kurang sama seperti Uncle Chin? Apakah anda menyimpan kisah tentang insan-insan lain sekeliling anda yang terpaksa meredah perjalanan beratus kilometer untuk mencari sesuap nasi? Ataupun perjalanan demi satu bentuk perjuangan yang penuh menyentuh rasa.
Menerusi kempen Pengejar Impian yang dibawa khas oleh PETRONAS, jom kongsikan saja kisah inspirasi anda itu dengan cara berikut:
- 'Like' dan 'Follow' laman Facebook dan Instagram PETRONASBrands.
- Tonton video inspirasi Uncle Chin dan ditanda #PengejarImpian #PETRONASSprinta
- Tuliskan kisah inspirasi anda dalam profil Facebook dan Instagram anda sendiri dengan dimulakan ayat "Inilah cerita pengejar impian saya..."
- Tamatkan kisah anda itu dengan menulis hashtag, #PengejarImpian dan #PETRONASSprinta
- Setkan status anda sebagai 'Public'.
Peraduan ini akan bermula sekarang dan tamat pada 8 Disember jam 11:59 am. Cuma tiga pemenang akan dipilih dan diumumkan pada 15 Disember 2017. Setiap peserta dibenarkan menulis satu kisah inspirasi sahaja dan anda boleh menulis dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin atau Tamil.
Pemenang bertuah akan memenangi bekalan minyak pelincir PETRONAS Sprinta UltraFlex dan PETRONAS Primax selama setahun. Mari kita sama-sama lihat video kisah inspirasi Uncle Chini di SINI.
Fauziah binti Ismail says
Kenal sgt dgn uncle chin..selalu rehat kt bawah pokok rambutan gading kt depan rumah sy di tmn menteri selama. Anak2 sy selalu beli aiskrim yg dia jual.. seorang yg sangatt gigih. Berkongsi mcm2 cerita sedih hidup dia dgn arwah suami sy. Kami jadikan cerita2 hidup dia sebagai panduan utk tempuhi hidup dlm keadaan yg serba kurang. Dia sentiasa senyum pd semua org yg dia temui...he is a very humble person. Miss uncle chin....