• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / 47moto Mosquito - Jelmaan Semula SYM T2 dengan Gaya Streetfighter Amerika!

47moto Mosquito - Jelmaan Semula SYM T2 dengan Gaya Streetfighter Amerika!

October 20, 2017 By ZY Leave a Comment

943
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NAMPAKNYA bukan Safee Sali dan Syamsul Yusof saja, Samarzja juga suka menunggang SYM hingga dia pun turut menjadikan model streetbike dari Taiwan sebagai asas motosikal terbarunya, 47moto Mosquito.

SIAPAKAH SAMARZJA?

Bukan calang-calang orang, beliau ialah bekas pengurus rekaan untuk jenama pengeluar motosikal Amerika Syarikat (AS) - Buell selama 17 tahun. Kini Mike Samarzja melalui jenama motosikal sendiri, 47moto mahu menghasilkan jentera bersesaran rendah yang sesuai untuk tunggangan urban Amerika, iaitu sebuah jentera yang kecil, mesra penunggang, ekonomi dan ada gaya.

Jadi, Samarzja memutuskan memilih model SYM T2 250i sebagai motosikal asas untuk pembinaan streetfighter sulung mereka, 47moto Mosquito. Diimport terus secara CBU ke AS, motosikal Taiwan itu kemudian dileraikan hingga tinggal enjin SOHC 250cc silinder tunggal, transmisi 6-kelajuan, rim 17-inci dan brek depan boleh laras dengan kabel keluli sirat.


BACA >>> SYM Super Moped 175i Sah Masuk Malaysia Tahun Depan - Harga Sekitar RM8,000?

Pertama sekali, badan asal T2 250i diganti dengan kerangka yang cukup unik dalam kelas 250cc yang mana menampilkan rekaan frem modular, membenarkan alas pemijak, hendal dan ketinggian pelana boleh dilaras tanpa mengubah tetapan suspensi motosikal tersebut.

Jelas sekali ciri tersebut memudahkan penunggang baru, apatah lagi berpengalaman untuk mendapatkan prestasi dan kualiti tunggangan yang menepati cita rasa masing-masing tanpa perlu berbelanja lebih melakukan modifikasi tambahan.

BAK ADIK DUCATI

SYM T2 250i
47MOTO MOSQUITO

Akhir sekali, penampilan streetfighter itu disudahkan dengan semburan warna merah terang pada fairing dan pelana tunggal rekaan 47moto sendiri bersama padanan warna emas pada frem modular tersebut, membuatkan si Mosquito ini tampak seperti 'adik' Ducati Streetfighter jika dipandang dari jauh.

Walaupun rupanya garang, Mosquito masih mengekalkan spesifikasi asal T2 250i dengan enjin silinder tunggal 250cc berkuasa 25hp dan kelajuan maksimum 145kmj.

Ada peminat di Malaysia yang sudah tertarik? Maaf, 47moto Mosquito cuma dijual di pasaran AS sahaja. Namun, pada harga setinggi AS$4,995 (RM21,000) untuk streetfighter 250cc yang sekadar mampu memecut 145kmj, rasanya tidak dibawa masuk ke Malaysia pun tidak apa, betulkan? 😛

GALERI

47MOTO MOSQUITO
47MOTO MOSQUITO
mosquito-symt2-5
mosquito-symt2-4
mosquito-symt2-2
mosquito-symt2-1
SYM T2 250i
SYM T2 250i

Related

943
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 47moto, 47moto mosquito, buell, buell motorcycle, mike samarzja, Roda, roda2, SYM, sym t2, SYM T2 250i

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev