• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Horny Mike Henry Buat Demo Lukis 'Airbrush' atas Bonet Isuzu D-Max Z-Prestige

Horny Mike Henry Buat Demo Lukis 'Airbrush' atas Bonet Isuzu D-Max Z-Prestige

October 19, 2017 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


ISUZU Malaysia diberikan penghormatan untuk menjadi sebahagian daripada HISTORY Convention 2017, yakni satu-satunya konvensyen hiburan mega yang pertama kali diadakan di Malaysia. Acara di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) selama tiga hari itu berlangsung pada 4 hingga 6 Ogos lalu.

Menarik tentang HISTORY Convention 2017 ialah senarai kehadiran peserta dalam acara itu yang banyak menumpukan kepada pameran budaya popular dan tradisional, termasuk kereta klasik dan bersejarah.

Hadir dalam acara dilancarkan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan itu ialah juri MasterChef Australia, Matt Preston, bintang Counting Cars, 'Horny' Mike Henry, hos rancangan pencinta pengembaraan, Ride N' Seek, Jaime Dempsey, finalis Masterchef Asia, Jasbir Kaur dan ikon komedi, Harith Iskander. Pada masa sama, Kamalanathan turut melancarkan model Isuzu MU-X baharu.

HORNY TUNJUK SKIL

Pada konvensyen berkenaan, 'Horny' sempat menunjukkan kemahirannya mengecat menggunakan teknik berus angin (airbrush) dengan melukiskan imej tengkorak atas bonet Isuzu D-Max Z-Prestige di reruai Counting Cars.

Varian yang dipilih untuk demo tersebut ialah Velvet Red Mica yang sememangnya direka khas untuk penampilan lasak dan advencer. Malah, sesi demo tersebut adalah antara acara tumpuan konvensyen yang mendapat sambutan hebat di kalangan pengunjung.

isuzu-dmax-prestige-1
isuzu-dmax-prestige-2
isuzu-dmax-prestige-3
isuzu-dmax-prestige-4

Kerja seni dilakukan sungguh mengagumkan walaupun hanya disiapkan dalam masa kurang dua jam. Sesiapa yang meminati rancangan Counting Cars tentu perasan tentang Horny Mike yang selalu menjadikan tengkorak sebagai motif rekaan kegemarannya.

Horny Mike melukiskan imej tengkorak bergigi tajam dengan latar seakan meniru ribut tropika, dan dilakarkan dalam gaya api-angin.

BACA >>> Isuzu D-Max BEAST Edisi Terhad - Hanya Ada 360 Unit Di Malaysia

Isuzu D-Max Z-Prestige dilancarkan pada 2016 dengan menyasarkan pembeli yang mahukan trak pikap yang menepati segmen gaya hidup. Sejak D-Max diperkenalkan 10 tahun lalu, Isuzu Malaysia berjaya menempatkan diri dalam senarai lima jenama bukan nasional terbaik dalam segmen kenderaan komersil ringan hingga berat.

Varian premium Z-Prestige menawarkan penambahbaikan luaran dan dalaman seperti rekaan semula bampar depan dan belakang, kerusi kulit dengan sulaman benang kontras, dan rekaan semula sistem infotainment, termasuk ciri baharu seperti Sistem Mula dan Masukan Pasif (PESS), rim aloi 18-inci, lid sport, dan lampu utama projektor dengan lampu siang (DRL) LED. Tiga warna eksklusif ditampilkan, iaitu Velvet Red Mica (merah), Stallion Black (hitam) dan Silky White Pearl (putih).

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Counting Cars, HISTORY Convention 2017, Horny Mike Henry, Isuzu, Isuzu D-Max, Isuzu D-Max Prestige, Isuzu D-Max Z-Prestige, Isuzu Malaysia, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev