• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda RS150R Tema Repsol MotoGP - Kos Bikin Cecah RM27,000!

Honda RS150R Tema Repsol MotoGP - Kos Bikin Cecah RM27,000!

October 18, 2017 By Abang GYL 2 Comments

6.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Honda RS150R Repsol MotoGPMINAT tidak mengira usia dan wang ringgit. Demi cinta yang mendalam dalam dunia modifikasi, anak muda ini sanggup berbelanja lebih RM27,000 untuk mengubah suai jentera moped Honda RS150R miliknya itu menjadi terbaik antara terbaik.

Tuan punya motosikal, Mohd Khairi Yaakub, 38, memilih tema Repsol yang diilhamkan daripada konsep MotoGP sempena meraikan perlumbaan itu yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hujung bulan ini.

Menurut Khairi, dia sebenarnya terlebih dahulu menjinakkan diri dalam dunia modifikasi jentera empat roda sebelum beralih kepada dua roda pada penghujung tahun lalu dengan menjadikan Honda RS150R sebagai projek pertama. Dek minat mengatasi segala, anak muda asal Kelantan itu tidak lokek menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit demi memastikan motosikalnya itu lain daripada lain.

Melihat keseluruhan badan motosikal pun sudah mampu membuatkan sesiapa saja terpegun. Khairi menggunakan cover set model Honda Winner, yang dikemaskan dengan semburan angin bertemakan motosikal perlumbaan pasukan Repsol MotoGP.

BACA >>> Lepas Lenjan 1,200km, Inilah Komen Saya Mengenai Benelli RFS 150i

Honda RS150R Repsol MotoGPGUNA FORK TERBALIK

Apa yang menarik, suspensi depan dihiasi fork terbalik (USD) model Yamaha YZF-R1 bersama padanan brek kembar saiz besar. Fork tersebut turut diubah suai supaya dapat dipasang pada RS150R. Suspensi belakang masih kekal standard, tetapi ditambah lengan ayun tunggal yang dipinjamkan daripada model Honda NSR 150SP.

Apabila ditanya berapakah jumlah pelaburan dileburkan untuk bahagian suspensi, dengan tenang Khairi berkata, dia  sudah pun berbelanja hampir RM4,000 kerana kerja-kerja modifikasi agak rumit dan memerlukan tenaga pakar. Malah, ruang roda dipadankan rim Honda VFR 400 dan dikahwinkan pula dengan tayar Pirelli Diablo Supercorsa.

BACA >>> Mana Satu Nak Angkat? Benelli RFS150i, atau Honda RS150R, atau Yamaha Y15ZR?

Honda RS150R Repsol MotoGP
Honda RS150R Repsol MotoGP
Honda RS150R Repsol MotoGP
Honda RS150R Repsol MotoGP
Honda RS150R Repsol MotoGP

BREK BREMBO

Jangan ingat motosikal besar saja ada brek Brembo, RS150R milik Khairi pun sama walaupuan sekadar moped. Tugas memberhentikan kenderaan diserahkan bulat-bulat kepada brek Brembo 19 RCS, termasuk dilengkapi pelindung tuil dan tangki pelincir brek LightTech. Dahsyat bukan?

Honda RS150R Repsol MotoGPENJIN STANDARD

Beralih ke bahagian mekanikal, jentera Honda RS150R Khairi masih mengekalkan enjin standard yang dipertingkat menggunakan ECU daripada Tune Boss yang siap ditala semula. Hasilnya, moped ini mampu menghasilkan kuasa setinggi 16.4hp berbanding kuasa standard, 15hp.

Honda RS150R Repsol MotoGP
Honda RS150R Repsol MotoGP

Tidak cukup lagi, sistem ekzos turut dibikin khas bersama padanan peredam SC-Project. Sebaik saja enjin dihidupkan, bunyi padu jelas meraung daripada serombong ekzos yang menerima sentuhan Pok Lie. Siapa dia ini? Itu kenalah tanya Khairi sendiri.

Tambah Khairi lagi, ahli-ahli komuniti Honda RS150R Gombak King dan mekanik Ejam daripada Zizi Motor Maxx banyak membantu merealisasikan projek moped itu hingga berjaya meraih pelbagai kemenangan, misalnya acara Kelantan Bike Week, baru-baru ini.

Buat anda yang memiliki Honda RS150R, mungkin idea Khairi ini mungkin boleh dijadikan pedoman dan ilham. Selamat melabur!

GALERI

Honda RS150R Repsol MotoGP
Honda RS150R Repsol MotoGP
Honda RS150R Repsol MotoGP
Honda RS150R Repsol MotoGP
Honda RS150R Repsol MotoGP
Honda RS150R Repsol MotoGP
Honda RS150R Repsol MotoGP
Honda RS150R Repsol MotoGP
Honda RS150R Repsol MotoGP
Honda RS150R Repsol MotoGP
Honda RS150R Repsol MotoGP
Honda RS150R Repsol MotoGP
Honda RS150R Repsol MotoGP
Honda RS150R Repsol MotoGP
Honda RS150R Repsol MotoGP
Honda RS150R Repsol MotoGP
Honda RS150R Repsol MotoGP
Honda RS150R Repsol MotoGP
Honda RS150R Repsol MotoGP

Related

6.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: bikin motor, Honda RS150R, Honda RS150R Gombak King, Honda RS150R Repsol MotoGP, Modifikasi, Mohd Khairul Yaakub, roda2, Tune Boss

Comments

  1. Fared says

    October 19, 2017 at 6:56 PM

    Bodo piang

    Reply
  2. aiekempo says

    May 7, 2018 at 7:47 PM

    aku nak komen satu jer...good job photographer. macam ni baru ada classs!!!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev