• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Hyundai Kona Umum Harga di UK, Apakah Perbezaan dengan Kia Stonic?

Hyundai Kona Umum Harga di UK, Apakah Perbezaan dengan Kia Stonic?

October 18, 2017 By Abang Hirata 1 Comment

254
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DI PASARAN Malaysia, persaingan sesama pengeluar nasional, Proton dan Perodua dilakukan dengan sangat berhati-hati supaya tiada model yang perlu bersaing secara langsung. Ini kerana persaingan dilihat sebagai sesuatu yang merugikan kedua-dua pihak. Namun, persaingan tetap juga berlaku, misalnya antara Myvi dan Iriz, Bezza dan Saga, atau Alza dan Persona (walaupun berbeza segmen, tetapi bertembung dari segi harga).

Tetapi, persaingan juga boleh menghasilkan sesuatu yang positif seperti dibuktikan dua pengeluar Korea ini, Hyundai dan Kia. Walaupun berada dalam kumpulan konglomerat sama, kedua-dua jenama itu mempunyai produk yang saling bersaing sesama sendiri.

BACA >>> Kia Umum Varian, Harga Stonic di Pasaran UK (Boleh Tahan!)

KIA LAWAN HYUNDAI

Perhatikan, Kia Forte lawan Hyundai Elantra, Kia Picanto lawan Hyundai i10, Kia Sorento lawan Hyundai Santa Fe, dan Kia Sportage lawan Hyundai Tucson. Apakah barisan orang kuat dan staf Hyundai-Kia tidak sedar akan hal tersebut?Semestinya mereka sedar, tetapi masih berjaya memanipulasi persaingan tersebut dengan kekuatan masing-masing dalam meneroka pasaran antarabangsa.

Kuncinya, meneroka pasaran lebih besar! Contoh terbaru, pengguna di Britain ditawarkan dua alternatif kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak buatan Hyundai dan Kia. Tidak lama selepas Kia mengumumkan harga Stonic, September lalu, kini Hyundai pula mendedahkan harga Kona. Menariknya, harga kedua-dua SUV itu tidak jauh berbeza.

BACA >>> Giliran Kia Pula Dedah Foto Rasmi Stonic (2018), Bikin Peminat SUV Rambang Mata

Walaupun berada dalam segmen sama, tetapi Kia Stonic dan Hyundai Kona menawarkan pilihan enjin berbeza. Contohnya, Stonic dilengkapkan enjin 1.4L suntikan multipoin (98hp), 1.0L T-GDI (118hp) dan 1.6L CRDi diesel turbo (108hp). Kona pula ada dua pilihan enjin, iaitu 1.0 T-GDi (118hp) dan 1.6 T-GDi (174hp). Selain itu, varian paling premium Kona dilengkapi sistem pacuan empat roda (4WD) yang berbeza dengan SUV kompak lain.

Berikut Ciri Hyundai Kona di Britain

Semua varian Hyundai Kona dilengkapi ciri keselamatan standard tinggi. Antaranya, Amaran Perhatian Pemandu (Driver Attention Alert), Bantuan Kekal Lorong (Lane Keeping Assist), Kawalan Bantuan Mula Daki (Hill Start Assist Control) dan Kawalan Brek Turun Bukit (Downhill Brake Control).

Varian Premium SE menawarkan beberap ciri eksklusif seperti Pengesanan Titik Buta (Blind Spot Detection) dan Amaran Trafik Lintas Belakang (Rear Cross Traffic Alert), manakala varian Premium GT mendapat tambahan fungsi Pembrekan Kecemasan Autonomi (Autonomous Emergency Braking).

  • Hyundai Kona S 1.0 T-GDi (118hp); manual 6-kelajuan - £16,195 (RM90,134)
  • Hyundai Kona SE 1.0 T-GDi (118hp); manual - £17,495 (RM97,401)
  • Hyundai Kona Premium 1.0 T-GDi (118hp); manual - £18,795 (RM104,629)
  • Hyundai Kona Premium SE 1.0 T-GDi (118hp) - £21,195 (RM117,958)
  • Hyundai Kona Premium GT 1.6 T-GDi (174hp); DCT 7-kelajuan; 4WD - £24,995 (RM139,128)

Berikut Ciri Kia Stonic di Britain

  • Ada 2 kemasan - 2 dan First Edition.
  • Ada 5 varian - Stonic 2 1.4 ISG, Stonic 2 1.0 T-GDi ISG, Stonic 2 1.6 CRDi ISG, Stonic First Edition 1.0 T-GDi ISG, dan Stonic First Edition 1.6 CRDi ISG
  • Ada 3 pilihan enjin - 1.4L multi-point injection (98hp), 1.0L T-GDI (118hp) dan 1.6L CRDi diesel turbo (108hp)
  • Harga bermula £16,295 (RM92,379) - 1.4L petrol hingga £20,495 (RM116,208) - First Edition 1.6 CRDi diesel

Related

254
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Britain, hyundai, Hyundai Kona, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Kia, Kia Stonic, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev