Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»PREVIU: Subaru Outback (2015) – RM224.846.30
Roda4

PREVIU: Subaru Outback (2015) – RM224.846.30

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/06/2016
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

2015 Subaru Outback PERSAINGAN segmen SUV kian rancak apabila Motor Image, pengedar kenderaan Subaru di Malaysia memperkenalkan model terbaharunya, Subaru Outback.

Menerusi pengenalan model ini, sudah pasti ia bakal memberi saingan sengit terhadap pesaing yang lain. Lebih penting, pengguna ada beberapa pilihan sekiranya sedang mencari kenderaan terutamanya model SUV.

HARGA:

  • Subaru Outback 2015 – RM224,846.30 (termasuk insurans dan GST)

PRESTASI:

Subaru Outback generasi ke-5 dijana unit enjin 2.5L Boxer yang mampu menghasilkan kuasa 173hp pada 5,800rpm dan tork 235Nm (4000rpm).

Penghantaran kuasa dibantu menerusi kotak gear Lineartronic CVT. Bagi menangani pelbagai keadaan jalan raya dan muka bumi, Outback dilengkapi Subaru Symmetrical AWD dengan X-Mode. Ia juga dipadankan dengan ciri SI-Drive yang merangkumi mod Intelligent, Sport dan Sport Sharp.Subaru Outback - Pandulaju.com

LUARAN:

Jika perhatikan secara teliti, ada beberapa bahagian yang dilihat seakan ‘meminjam’ dari model Subaru Legacy melalui gril dan lampu depan.

Penampilan luaran Outback diserlahkan melalui penggunaan lampu depan LED, rim aloi bersaiz 18 inci bersama balutan tayar 225/60 dan bumbung matahari. Penambahan lain pada SUV itu adalah pelindung hitam di bawah bampar dan rel bumbung dengan gabungan crossbar yang boleh ditarik.Subaru Outback - Pandulaju.com

DALAMAN:

Memasuki ruangan kabin, Subaru memastikan material digunakan adalah terbaik dan merasakan seperti berada dalam kenderaan premium.

Papan pemuka juga tamapk ringkas dan padat menerusi kehadiran paparan skrin sesentuh bersaiz 7-inci dengan sambungan Bluetooth, AUX, USB, kamera undur dan sistem audio Harman Kardon Green Edge 12 pembesar suara.Subaru Outback - Pandulaju.com

Antara ciri lain turut ditawarkan ialah sistem kemasukan tanpa kunci dengan butang penghidup, pendingin hawa dua zon (dengan corong belakang), pelarasan kerusi depan lapan cara dan brek parkir elektronik.

Beralih ke bahagian belakang pula, ia ‘dihidangkan’ ruang kargo seluas 1,801L bersama kemudahan lipatan kerusi belakang 60:40.

KESELAMATAN:

Aspek keselamatan, Outback didatangkan dengan ciri keselamatan terkini seperti beg udara depan, tepi, langsir dan di bahagian lutut pemandu, Sistem Brek AntiKunci, Agihan Brek Elektronik, kawalan kestabilan VDC, ISOFIX dan Bantuan Penghidup Bukit.

Ditawarkan dengan tujuh pilihan warna menarik; Crystal White Pearl, Ice Silver Metallic, Dark Grey Metallic, Crystal Black Silica, Platinum Grey Metallic, Lapis Blue Pearl dan Tungsten Metallic, model diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun hadir bersama waranti selama lima tahun atau perbatuan 100,000km.

SPESIFIKASI
ENJIN 2.5L Boxer
TRANSMISI  Lineartronic CVT dengan SI-Drive
KUASA MAKSIMUM 173hp@5,800rpm
TORK MAKSIMUM 235Nm@4,000rpm
HARGA RM224.846.30 (termasuk insurans dan GST)

2016 Subaru Outback
Boxer CBU Jepun Motor Image SI Drive Subaru Outback 2015 Subaru Outback generasi ke-5 X-Mode
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Roda4

Porsche Pertimbang Satukan Model Taycan dan Panamera

10/03/2026
Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026
Audi Q7 S Line 2025 CKD
Roda4

Audi Q7 S line CKD Kini Berharga RM399,990, SUV 7-Kerusi dengan Enjin V6 3.0L

10/03/2026
Lotus Eletre X Hybrid 2026
HEV

Lotus Eletre X Hybrid Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, Tork 935Nm

09/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.