• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Firestorm Lahir Semula? Akan Datang dengan Enjin V-Twin Supercas!

Honda Firestorm Lahir Semula? Akan Datang dengan Enjin V-Twin Supercas!

October 20, 2017 By ZY Leave a Comment

731
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DALAM diam, Honda rupanya bakal melancarkan motosikal supercas untuk menyaingi H2 dan H2R buatan Kawasaki, berdasarkan daftar paten didedahkan Pejabat Paten dan Tanda Dagang Amerika Syarikat (USPTO).

Pembangunan motosikal itu nampaknya sudah hampir lengkap jika dilihat pada gambarajah paten pemasangan unit enjin untuk pengeluaran. Malah, jentera baharu Honda itu turut menggunakan konfigurasi V-Twin dengan teknologi suntikan bahan api secara suntikan terus.

BACA >>> Kawasaki H2GT - Jentera HyperSports-Tourer dengan Teknologi Lampu Adaptif, Debut November Ini

Menariknya, tidak seperti Kawasaki H2 dan H2R yang cuma sesuai ditunggang solo, sebaliknya jentera Honda nampaknya direka untuk membawa pembonceng jika melihat kehadiran pemijak kaki belakang dan subfrem belakang yang lebih tinggi pada gambarajah paten berkenaan.

Firestorm terdahulu dengan enjin 1000cc V-Twin

Tiada kod projek didedahkan, tetapi motosikal itu mungkin meneruskan legasi superbike V-Twin Honda, Firestorm atau VTR1000F yang masing-masing sudah ditamatkan pengeluaran sejak 12 tahun lalu (2005).

BACA >>> Kawasaki Ninja H2 Perkenal 3 Trio, Sedia Gempur Pasaran Superbike Supercharged

Memandangkan tempoh Pamera Motor Milan (EICMA) 2017 cuma tinggal beberapa minggu saja lagi, ada kemungkinan unit pengeluaran pertama Honda itu hanya akan dilancarkan tahun hadapan. Sama-samalah kita bersabar menunggu.

GALERI

SUMBER: Motorcycle.com

Related

731
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 2017 warna baharu honda msx125, EICMA 2017, Honda, honda fireblade, honda firestorm, honda superbike, Kawasaki H2, kawasaki h2gt, kawasaki h2r, kawasaki supercharged, Pamera Motor Milan (EICMA) 2017, roda2, supercharger

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev