PENGEDAR motosikal Benelli di Malaysia, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd menambah ahli famili baharu menerusi pengenalan Benelli Leoncino 500 yang dijual pada harga RM27,999 (tidak termasuk GST dan cukai jalan).
Dengan rekabentuk bergaya, penampilan Leoncino 500 diserlahkan dengan kehadiran ikon Singa Pesaro pada madgad depan, manakala tangki bahan api dan pelana menekankan elemen keperibadian Leoncino yang tersendiri. Menambahkan lagi gaya, motosikal legenda itu menggunakan rim aloi 17-inci dengan tayar 120/70-ZR17 di depan dan 160/60-ZR17, belakang.
Tugasan suspensi depan Leoncino 500 diserahkan kepada fork terbalik (USD) berdiameter 45mm dengan kaliper brek 4-piston yang mencengkam brek cakera 320mm. Pergerakan lengan ayun di belakang pula dikawal penyerap hentak sisi dengan sistem brek cakera 260mm dan kaliper 1-piston.
BACA >>> Benelli RFS 150i Siap Sedia Cabar Y15ZR & RS150R - Harga Bermula RM6,988
ENJIN 500CC
Benelli Leoncino 500 dipadankan enjin 4-lejang 2 silinder 500cc DOHC penyejukan cecair dengan transmisi klac basah 6-kelajuan berkuasa 47hp @ 8,500rpm, dan tork 45Nm. Motosikal ini juga dilengkapkan dengan ciri suntikan bahan api elektronik (EFI).
BACA >>> #KLIMS2018: Benelli Leoncino 250 (2019) Buat Debut Global di Malaysia
Siapa sudah minat Leoncino 500? Model juga ada ditayangkan sempena Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 yang berlangsung bermula 23 November hingga 2 Disember ini bersama adiknya, Leoncino 250.
Jens says
Leoncino dgn trk 502 engine dn pemasangan direct dari italy kah?
yuzray eusoph says
Kalau direct italy tak dapek la harga gitu....
ABG GYL says
Motor ni CKD Malaysia di Penang
putat says
China punya da. bkn Itali
Zairi says
Nice outlook, tambah tailbox mantap ni buat ride jauh.
AMIR AMJAD says
Buat masa sekarang jangan beli lagi... Pemasangan leoncino di Sym Malaysia, tank semua bocor.. 360 biji x silap saya...
APM says
Dpt info dari mana ya...xkan jumlah byk tu depa release jugak utk jualan?