• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha Indonesia Lancar Skuter Mio S, Khas Buat Si Gadis yang Menunggang

Yamaha Indonesia Lancar Skuter Mio S, Khas Buat Si Gadis yang Menunggang

October 17, 2017 By Aryon 1 Comment

367
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DI INDONESIA, memang tidak dinafikan ada begitu banyak model dan varian motosikal ditawarkan di pasaran yang mana skuter atau moped automatik menjadi segmen motosikal paling laris di republik tersebut. Jadi tidak hairan kenapa pengeluar berlumba memperkenalkan aneka model skuter baharu atau versi dipertingkat setiap penggal tahun.

Terbaharu Yamaha Motor Indonesia memperkenalkan Yamaha Mio S, melengkapi barisan siri Mio sedia ada, iaitu Mio Z, dan Mio M3 (125 AKS SSS dan 125). Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) melancarkan model tersebut pada 14 Oktober lalu.

BACA >>> #TunggangUji: Yamaha NVX 155 - Skuter Lincah, Mantap dengan CVT yang Menyeronokkan

Mio S kali ini hadir dengan penampilan sedikit berbeza jika dibandingkan Mio Z dan Mio M3. Ini kerana Mio S mensasarkan golongan wanita sebagai pembeli utama dan itu dapat dilihat menerusi latar badan motosikal berwarna pastel dengan strip ringkas yang jelas menyerlahkan ciri feminin.

Enjin digunakan Mio S adalah serupa dengan Mio Z ataupun Mio M3, iaitu bersesaran 125cc dengan teknologi BlueCore yang mampu menghamburkan kuasa 9.38hp pada 8,000rpm, dan tork maksimum 9.6Nm pada 5,500rpm, cukup untuk bergerak mudah dan bebas dalam bandar. Mio S turut dibekalkan lampu LED bertingkat sebagai lampu utama dan lampu tinggi.

PENAMPILAN ELEGAN

yamaha-mio-s-9
yamaha-mio-s-1
yamaha-mio-s-5

Malah Mio S juga menampilkan lampu siang (DRL) kebiruan yang mengapit sisi lampu utama, manakala lampu signal ditempatkan di sisi bawah. Menariknya, ada suis baharu di bahagian kiri hendal yang berfungsi sebagai lampu kecemasan (hazard). Seperti dinyatakan, strip Mio S direka ringkas, di mana pelekat di fairing depan cuma tertulis perkataan Yamaha, manakala pelekat badan ditulis Mio S dengan sedikit corak grafik.

Warna Mio S pula - Special Green (hijau pastel) - dijangka menjadi pilihan kaum hawa, bersama tiga warna lain, Spirit Red (merah), Strong Black (hitam) dan Smart White (putih).

BACA >>> Yamaha Xmax 125 (2018) Kini Lebih Sporty, Dinamik untuk Pasaran Indonesia

TAYAR LEBAR, TUBELESS

Bahagian roda Mio S dibekalkan tayar lebar dan tanpa tiub 80/80 di depan dan 100/70, belakang. Rim pula mengetengahkan rekabentuk baharu yang direka khas untuk tayar tanpa tiub, tetapi masih lagi membawa imej famili Mio. Ciri lain yang ada ialah sistem jawab balas (answer back), ruang simpanan luas, cangkuk depan, dan ruang letak kaki selesa.

Mio S dijual di pasaran Indonesia pada harga Rp15,750,000 (RM4,914). Selain famili Mio, YIMM turut menawarkan barisan skuter lain seperti X-Ride, Fino, dan Soul, termasuk model lebih premium seperti Xmax, Aerox, Nmax dan Tmax. Setiap model di atas terbahagi pula kepada beberapa varian yang bebeza dari segi strip grafik dan ciri.

Jika Hong Leong Yamaha (HYLM) di Malaysia cuma menampilkan empat model skuter, iaitu Ego Avantiz, Ego Solaris, Nmax dan NVX, jelas sekali memilih skuter di Indoensia jauh lebih sukar berbanding di negara kita. 😛

SPESIFIKASI

ENJIN Penyejukan udara, 4-lejang, SOHC, silinder tunggal
NISBAH MAMPATAN 9.5:1
SESARAN 125cc
KUASA MAKSIMUM 9.38hp @ 8,000rpm
TORK MAKSIMUM 9.6Nm @ 5,500rpm
SISTEM PENGHIDUP Elektrik & Tendang
SISTEM PELINCIRAN Wet sump
SISTEM BAHAN API Suntikan Bahan Api
TRANSMISI Automatik V-belt

GALERI

Related

367
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: motosikal, roda2, skuter, Yamaha Indonesia, Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM), Yamaha Mio S

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev