• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Isuzu D-Max Catat Rekod Baharu

Isuzu D-Max Catat Rekod Baharu

May 5, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Isuzu Dura-Miles - Pandulaju.comISUZU sekali lagi membuktikan keunggulan dari segi penjimatan bahan api apabila empat unit trak pikap Isuzu D-Max berjaya menyempurnakan perjalanan sejauh 1,809km dari Bangkok ke Singapura hanya dengan menggunakan kurang daripada satu tangki bersaiz 76L.

Pernah menerima Anugerah Penjimatan Bahan Api Asean Auto bagi kategori trak pikap selama enam tahun berturut-turut, kemampuan empat unit Isuzu D-MAX itu tidak lagi boleh disangkal.

Pencapaian bersejarah itu adalah yang pertama buat Isuzu D-MAX generasi kedua. Ia turut memperbaiki rekod generasi sebelumnya yang menamatkan pemanduan dari Bangkok ke Melaka dengan jarak sejauh 1,600km pada 2011.

Perkara itu turut disahkan oleh pegawai Persatuan Automobil Malaysia (AAM) yang memantau rapi sepanjang ujian itu dijalankan di mana semua kenderaan tersebut mengikut spesifikasi pengeluar.

Secara signifikannya, empat unit Isuzu D-MAX itu – model 2.5L dan 3.0L bertransmisi manual dan automatik – mempunyai ciri sama iaitu pacuan 4x4 yang boleh dipilih (selectable) dan sudah lama dilihat sebagai sistem yang tidak menjimatkan minyak.

Lebih mencabar, semua trak pikap tersebut dipandu dalam kondisi yang ekstrem termasuklah suhu mencecah 40 darjah selsius di kebanyakan lokasi di Thailand, selain terpaksa berdepan dengan ribut petir pada waktu petang di Malaysia.

Sepanjang perjalanan, para pemandu turut memastikan pendingin hawa dipasang berikutan cuaca yang begitu panas.

SYABAS ISUZU MALAYSIA.Isuzu Dura-Miles - Pandulaju.com

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 1 tangki, Bangkok - Singapura, Cipta Rekod, Isuzu D-Max, Isuzu Malaysia, Persatuan Automobil Malaysia (AAM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my