MULA diperkenalkan pada April lalu, kehadiran Benelli RFS 150i memberikan kejutan buat pesaing lain dalam segmen moped apabila motosikal berkenaan didatangkan dengan ciri tiga palam pencucuh.
Tapi entah kenapa, kehadiran motosikal itu ke pasaran agak lambat, iaitu selepas hampir lima bulan selepas dilancarkan. Terbaharu, kami dimaklumkan Benelli RFS 150i kini sudah berada sepenuhnya di semua premis pengedar dan sambutan diterima juga tidak mengecewakan.
Apa yang pasti, kehadiran Benelli RFS 150i sedikit sebanyak mengganggu pasaran segmen moped yang selama ini didominasi Yamaha dan Honda. Persoalannya, mampukah Benelli RFS 150i menggugat Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R? Apakah jentera itu boleh memenuhi cita rasa pengguna Malaysia?
PANDU UJI SEJAUH 1,200KM
Kami cuba dapatkan respon Mohd Asri Mohd Nor yang sudah melenjan motosikal tersebut sejauh 1,200km untuk berkongsi pengalamannya. Berikut komen Mohd Asri mengenai Benelli RFS 150i:
* Tulisan di bawah sudah disunting mengikut skema penulisan kami tanpa menjejaskan maksud dan gaya penulisan penulis asal. Motosikal berkenaan dipinjamkan Ee Tiong Motor Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Harap maklum.
BACA >>> Benelli RFS 150i Siap Sedia Cabar Y15ZR & RS150R - Harga Bermula RM6,988
1. PRESTASI TIDAK MENGECEWAKAN
Enjin 4-lejang bersesaran 149.8cc SOHC dengan kehadiran tiga palam pencucuh nyata tidak mengecewakan. Ditambah pula kehadiran fork terbalik (USD) yang membuatkan Benelli RFS 150i lebih seronok ditunggang.
2. BERAPA DAPAT TOP SPEED?
Sama seperti moped lain, kelajuan maksimum atau top speed Benelli RFS 150i boleh dicapai sekitar 136kmj. Kalau kepala ditunduk ketika memecut, mungkin boleh mencecah 140kmj. Paling penting, tunggangan tidak rasa goyang.
3. SERONOK TAK RIDE?
Bermula dari Kuala Lumpur, saya menuju ke Kuala Klawang dan seterusnya masuk lebuh raya Karak. Kemudian saya sempat layan selekoh di Genting Highland. Apa yang boleh dikatakan, memang selesa dan mudah dikendalikan, terutama ketika mengambil selekoh. Langsung tidak rasa sebarang goyangan atau membuai.
Cuma ketika mendaki bukit di laluan Genting Highland ada sedikit kurang berkuasa. Walaupun guna tiga palam pencucuh, saya rasa motor sedikit lemah. Kadang-kadang terpaksa guna gear satu untuk naik.
BACA >>> Apa, Kelajuan Maksimum Benelli RFS 150i Cecah 141kmj? - Ini Motor Standard Ya...
4. KELEBIHAN LAIN?
Ada banyak. Antaranya, rekabentuk menarik, ada signal kecemasan, tangki minyak besar 4.8 liter, lampu depan LED dan paling penting harga Benelli RFS 150i tidak mahal, sekitar RM8,000 sahaja.
5. SEMUA CERITA BEST, APA KELEMAHAN LAIN BENELLI RFS 150i?
- Tiada penghidup tendang (kick starter) - Susah kalau bateri 'kong'.
- Kos servis mungkin mahal sebab guna tiga palam pencucuh.
- Tiada tempat menyangkut topi keledar. Mahu tinggalkan topi keledar pun susah.
- Absorber belakang macam terlalu lembut jika bawa pembonceng.
Belang Tarung says
usd fork tu yang rare..peh..kena la dengan jalan malaysia yang berlubang dan berbonggol ni hehe
Krakatoa says
Review yang mantap. Berbelah bagi samada rfs 150 atau sym 185 untuk berulang alik ke tempat kerja dari rawang ke kajang.
rfs 1 yr user says
rfs pd peringkat awal mgkin ada sedikit masalah teknikal ttp setakat yg sy alami tidaklah kritikal. tunggangan mmg selesa, minyak juga agak jimat. kena bersabar lah sket sbb model baru di pasaran..
amel azman says
problem motor apa? and kalau mcm ada part rosak. senang tak cari spare part kt malaysia ni?
Barid says
Memang senang bro sebab syarikat M-force ini ,akan sediakan sedikit awal dia orang punya barangan spare parts itu. selain itu, setiap kedai motor yg jual rfs ini mesti dia org sentiasa Ada contact dgn pihak m-force in case ada apa2 spare parts yg dikena tukar.
Allhamdulillah sudah 4 bln ( saya dh guna) prestasi dan performance so far okay je. Utk org biasa yg x suka buat modified ( yg abang2 guna standard ) silakan .
Selain itu, kalau blh sblm beli motor itu tlg spend ( tambah duit utk beli ) monoshock sesuai utk motor rfs ini , sebab monoshock (monoshock itu spring belakang motor). Dia itu memang rasa goyang sedikit kerana monoshock bukan yg adjustable.
Benda itu akan berubah jika penunggang motor below 40-60 kilograms . Kalau lebih atau sadoh itu beli lah yg monoshock yg baru . Sblm beli itu tanya dkt group facebok otai yg guna rfs ini .
Pengetahuan yg saya tahu , taktahu saya tengok dkt mana entah , y 15 punya monoshock blh pasang dkt motor rfs ini .
Saya rasa setakat itu sahaja
MatP says
Baru ambik rfs150 se semalam. Bila tengok bawah seat dh ada sepasang tempat penyangkut helmet dan set asas screwdriver, pembuka nat, allen key dn lain2 lg.
Amry says
Kick starter dah ada ke lom?
Amry says
Alamak..xde kick starter..kna standby duit lbih..klo bateri kong..bateri motor dh la cpt kong..kikiki
Mzma says
Kalo bateri kong ada kick starter pon dok ada guna sebab motor nie pakai fuel pump... Derrr..
izzat says
kick starter boleh modified masuk, pergi ja bengkel
Ismail Faruqi says
Baru recce rfs150 LE hari ni. tapi seram bila tengok harga atas paper... RM11xxx! termasuk semua on the road. Ni yang kat JB. Kalau tempat lain lebih kurang atau beza daripada harga ni? Ada sesiapa yang dah survey sendiri?
safv says
le biasa hrga rm 7400 jer kt lazada 8k lbih
Zex54321 says
Belah utara rm8,000 lbih jgk tgk...mgkn mahal sbb sst kot haha
Mr1 says
Teruk sangat ka masalah kurang tenaga mendaki bukit tu? Sama mcm enjin kapcai 100cc juga ka?
Izzaty says
Saya akan beli moto ni , tapi elok ke kalau saya nak beli , dia ok je kan , tak de laa teruk sangat kan ? atau saya kene ambil moto lain ?
Syamsul says
Klu dh minat beli je cik Izzaty. Cuma mgkin jenama ni x selasak jenama2 mcm yamaha suzuki. Sy pun nk sambar 1..minat warna biru tu.
NikL7C says
Sy pun nak angkat satu, baguslah kalau dah ada tempat sangkut helmet
NikL7C says
Sy pun nak angkat satu, baguslah kalau dah ada tempat sangkut helmet.
Syamsul says
Harap2 defect dari 1st model xdela ikut berjangkit ke model 2019. Tapi colour scheme dia mmg cunnn...mmmmmm.. ade rezki mmg nak ambik 1..
NINJAMAMU says
Sy dah pakai moto ni..mmg sedap..cuma mono blkg amik rcb..mantap..blh layan kona²
pak tam says
salam..saya dh guna motor benelli ni dalam satu tahun setengah..dari mula beli saya pakai minyak hitam full sentetik..masalahnya minyak akan berkurang selepas capai 2000 km..so yg terbaru ni saya tukar minyak hitam ke semi sentetik..tp baru saya periksa pagi td..nampak minyak ni pun berkuramg dan lebih teruk nsmpak ada berbuih..saya tengak tepi dekat brek kaki(cermin bulay kecik)
mohamad amirun akid says
saya ulang alik kl ke genting highland guna gear 3&4
Din says
Kick starter mmg xde.benelli x silap ape2 moto xde kick starter
Fazlie says
Blogger honda naik benelli rfs pakai gear 1
AzdwanMforce says
Assalamualaikum semua..
Sya sbagai seller dari MForce Puchong
Benelli atau sym ada dijual
Jika ada yang berminat untuk beli motor ni bolehla call or whatsapp sya..
+60172058892 Azdwan
Tentang after salew service insya Allah skrg xde masalah sgat...yg kl boleh ke segambut, yg selangor boleh ke Mforce Puchong..
Ramai yang tarik nafas lega sbb senang nak hantar sevice dan claim warranty jika ada masalah..
MOHD JAFFRI says
saya mcm ada baru rasa nak beli motor benelli rs150i ni...rasa mcm xde masalah sangat...hujung tahun ni nak angkat satu...
Ariff says
aq guna rfs 150i.LE(1360).peringkat permulaan mmg terbaik. Motor smpai Skg dlm keadaan 'STD'.yg model 'LE'mono adjs(KYB kuning).cuma aq ketatkn sdkit handle,guna gp footrace..seb aq pantang nmpk corner,pasti nk layan baringnye. Benelli rfs mmg terbaik utk layan corner. Bila meter dh 2000,sudah ada bunyi pada timing chain.. Tukar tensional masih bunyi,ejas teppet pn ada bunyi lg.. Last aq buka check semula kt head, kt spoket timing apalg terkezus la.. 2 Skru Yg ikat plate pin. Yg lock shaft Roker arm,kedua2 Skru dh tertanggal tapi masih terlekat sdkit di lubang skru dsebabkn tertampan pada spoket cam smpi haus Skru dsebabkn bergesel dgn spoke Cam Dan menybabkn serpihan besi pda mnyk htm. Dan itulah klu pertama aq buka head rfs150i.klu lmbat buka Skru dan plate besi jatuh dlm engine, lg teruk...bab ni dh settle.. Bab ke2,meter cicah of 5000,air masuk pd ruang pembakaran.aq xpernah buka head, cuma Yg aq buka adalah cover head xda kena-mengena gan saluran air radiator. xlebih. dri itu. Ini semua Salah siapa???. Bg aq kecuaian dri kilang. Utk pengetahuan semua bahagian engine masih lg "Standard"
Muhammad Azmi Buang says
Mforce ne tkde cawangan Selatan ke mcm Melaka / Muar
Apai84 says
Jom..bakri ada ..
fadly omar says
Dengar benelli ni terlalu banyak problem. minat sangat kat model ni. Last2 terpaksa batalkan hasrat. Ambil honda rs, settle tak ada problem macam benelli ni.
amzar kassim says
saya angkat rfs 150, 2 tahun lepas dalam 6k sahaja. plate interchange. dapat la murah sikit.
kalau ikut problem, ada problem pada brake pump sahaja. dan mono juga memang better tukar. standard punya agak lembut.