AWESOME! Itulah yang boleh kami gambarkan sebaik saja pertama kali melihat Mazda CX-5 serba baharu. Bagi kami, inilah antara SUV paling menawan di kalangan pesaing yang lain.
Mazda CX-5 versi pemasangan tempatan (CKD) dari kilang Inokom di Kulim Kedah itu juga menjadi model yang akan dieksport ke pasaran jiran Asean lain seperti Thailand, Indonesia, Filipina, Kemboja dan Myanmar.
Bagi pasaran Malaysia, Bermaz Motor mempertaruhkan lima varian. Walaupun versi CKD, kualiti pemasangan sama seperti dari kilang di Jepun. Bukan itu saja, Mazda turut mempertaruhkan model diesel sebagai varian paling premium dengan menawarkan spesifikasi lengkap, satu cubaan cukup berani yang menongkah arus.
5 VARIAN (3 PETROL & 2 DIESEL)
- Mazda CX-5 2.0L GL SKYACTIV-G (petrol) - 162hp, 210Nm, 182kmj - RM134,605.50
- Mazda CX-5 2.0L GLS SKYACTIV-G (petrol) - 162hp, 210Nm, 182kmj - RM148,650.50
- Mazda CX-5 2.5L GLS SKYACTIV-G (petrol) - 192hp, 257Nm, 196kmj - RM160,996.70
- Mazda CX-5 2.2 GLS SKYACTIV-D 2WD (diesel) - 173hp, 420Nm, 206kmj - RM164,579.10
- Mazda CX-5 2.2L GLS SKYACTIV-D AWD (diesel) - 173hp, 420Nm, 206kmj - RM175,179.10
DUA PILIHAN ENJIN - SKYACTIV PETROL & DIESEL
SUV generasi kedua itu menampilkan 2 pilihan enjin iaitu petrol (SKYACTIV-G) dan diesel (SKYACTIV-D) yang mana setiap varian menggunakan enjin SkyActiv DOHC 16-valve 4-silinder. Versi petrol didatangkan dengan teknologi pemasa injap variabel (VVT).
Lebih menarik, varian 2.2L GLS SKYACTIV-D adalah satu-satunya unit CX-5 yang menawarkan sistem AWD, manakala varian lain ialah versi pacuan dua roda (2WD).
BACA >>> Mazda CX-5 (2017) Serba Baharu CKD Dilancarkan, Harga Bermula RM134k, Varian Diesel Paling Premium
4 PILIHAN WARNA
- Soul Red Crystal (merah)
- Machine Grey (kelabu)
- Snow Flake (putih salji)
- White Pearl Mika (putih mutiara)
CIRI KESELAMATAN PREMIUM - SEMUA VARIAN ADA
Menariknya mengenai Mazda CX-5 serba baharu, ciri keselamatan dibekalkan secara standard untuk semua varian seperti:
- 6 Beg Udara SRS
- Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
- Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC)
- Agihan Brek Elektronik (EBD)
- Bantuan Brek Kecemasan (EBA)
- Sistem Kawalan Traksi (TCS)
- Signal Henti Kecemasan (ESS)
- Sensor Laju untuk Kunci Auto
- Auto Hold
- Kunci Walk Away (tiada untuk varian 2.0L GL SKYACTIV-G)
- Bantuan Mula Daki (HSA)
- Amaran Tali Keledar
- Tali Keledar 3-Poin
- Tali Keledar dengan Retraktor Kunci Kecemasan (ELR)
- ISOFIX dengan Pautan Atas
- Sistem Anti Kecurian dan Imobiliser Enjin
- 5-bintang Euro NCAP dan JNCAP
BACA >>> 6 Perkara Perlu Anda Tahu Mengenai Mazda CX-5 Diesel (2016)
VARIAN DIESEL PALING PREMIUM, SPESIFIKASI LENGKAP
Mazda CX-5 bagi varian diesel (GLS 2WD dan GLS AWD) ialah versi paling premium. Selain ciri keselamatan penuh (seperti di atas), kedua-dua varian diesel tersebut turut dibekalkan Teknologi Keselamatan Termaju lengkap seperti:
- Lampu Utama LED Adaptif (ALH)
- Pemantauan Titik Buta (BSM)
- Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
- Sistem Amaran Tukar Lorong (LDWS)
- Sistem Bantuan Kekal Lorong (LAS)
- Amaran Perhatian Pemandu (DAA)
- Sokongan Brek Bandar Pintar (SCBS) - roda depan dan belakang.
Bagaimanapun, varian diesel (GLS 2WD dan GLS AWD) tiada ciri Sistem Lampu Depan Adaptif (AFS) yang khas untuk petrol sahaja (2.0L GLS dan 2.5 GLS).
SISTEM INFOTAINMENT LENGKAP
Mazda CX-5 serba baharu turut menampilkan fungsi infotainment lengkap untuk semua varian seperti:
- Sistem Infotainment M2D Connect dengan Arahan Suara
- Paparan skrin sentuh warna penuh 7-inci
- Kawalan Arahan Multi Fungsi
- Radio AM/FM
- Auksiliari - jek input audio (3.5mm Mini-Stereo)
- Sambungan Bluetooth - telefon bebas tangan dan serasi audio
- Pemain cakera padat (CD) dan MP3
- Pembesar suara
- Sistem navigasi GPS (tiada untuk 2.0L GL)
- 4 soket USB (2 konsol tengah, 2 perehat lengan belakang)
- Kamera undur dengan garis panduan jarak dan lebar.
DESAIN MENGGIURKAN
Seperti kami nyatakan, Mazda CX-5 serba baharu sememangnya menggiurkan. Baik dari hadapan, belakang mahupun dalaman. Semuanya awesome! Berikut ialah beberapa ciri menarik yang ada pada Mazda CX-5 serba baharu;
- Lampu depan LED, automatik, pelarasan auto.
- Lampu siang (DRL) LED (kecuali 2.0L GL)
- Lampu kabus LED
- Lampu kabus belakang
- Lampu undur LED
- Sistem kemasukan tanpa kunci (keyless)
- Spoiler bumbung belakang
- Antena 'sirip jerung'
- 2 ekzos
- Sensor parkir
- Hendal pintu warna badan
- Punat tekan-mula
- Punat kawalan di stereng
- Kluster Instrumen LCD TFT 4.6 inci dengan paparan multi-info (kecuali 2.0L GL - paparan standard)
- Trim papan pemuka - Metalik Gan (2.0L GL sahaja) , Metal dan Kayu (kecuali 2.0L GL)
Bukan saja desain menarik, ruang dalaman Mazda CX-5 serba baharu juga luas. Kapasiti but ialah 442L hingga 1,342L jika kerusi dilipat. Luas bukan? Siap boleh tidur lagi dalam kereta OK!
Bagi mereka yang sudah berumah tangga dan mahukan kereta yang awesome, luas, berkuasa dan dijual pada harga kompetitif, Mazda CX-5 serba baharu mungkin SUV yang anda cari.
Azman says
Tlg perbetulkan sat.kilang pemasangan Mazda,Inokom adalah di Kulim,Kedah.Di gurun adalah kilang utk kenderaaan keluaran Naza (KIA).
ABG GYL says
TQ atas teguran. Ia sudah diubah.
Max says
Jelas pun
Max says
Cukup la
Max says
New Crv better