NASIM Sdn Bhd menerusi pengedarnya, MN Otomobil Sdn Bhd membuka Pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) Peugeot Seremban, Negeri Sembilan dalam usaha menyediakan perkhidmatan selepas jualan lebih baik kepada pelanggan jenama itu.
Terletak di pusat bandar Negeri Sembilan, Pusat 3S Peugeot Seremban dibina di atas tapak berkeluasan 10,000 kaki persegi, dan mampu menampung kapasiti pelanggan sekitar Rasah, Lobak, Senawang, Oakland, Nilai, Pajam, Labu dan Mantin.
Dengan kos pelaburan sebanyak RM2 juta, Pusat 3S Peugeot Seremban menyediakan ruang menunggu selesa, termasuk sambungan WiFi percuma. Pusat 3S mempunyai enam ruang servis yang mampu menyenggara hingga 24 unit kenderaan setiap hari.
Serentak pembukaan Pusat 3s itu, model SUV terbaharu, Peugeot 3008 turut sama dipamerkan.
Semua model Peugeot didatangkan dengan waranti lima tahun berserta tawaran servis bantuan 24 jam dan akses percuma ke Sky Lounge Naza di Terminal Skypark Subang, khas buat semua pemilik Peugeot. Maklumat lanjut boleh layari Peugeot.com.my.
BACA >>> Mahu Beli SUV? Inilah 8 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Peugeot 3008
ALAMAT
Pusat 3S Peugeot Seremban - No.29, Persiaran Industri Galla 1, Taman Perindustrian Galla, 70200 Seremban, Negeri Sembilan.
Leave a Reply