• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Alfonso Albaisa - Lelaki Penting di Sebalik Nissan dan Infiniti, Pernah Jadi Pereka Kapal Pesiar

Alfonso Albaisa - Lelaki Penting di Sebalik Nissan dan Infiniti, Pernah Jadi Pereka Kapal Pesiar

October 7, 2017 By Abang Hirata 1 Comment

154
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INFINITI ialah jenama Nissan yang diwujudkan untuk bersaing dengan jenama premium Eropah seperti Mercedes-Benz, BMW dan Audi. Ataupun boleh juga dikatakan lebih hampir kepada persaingan jenama premium Jepun lain seperti Lexus milik Toyota dan Acura milik Honda.

Tidak banyak yang sensasi tentang Infiniti, siapa di belakang mereka atau produk manakah paling menonjol? Jika Lexus ada LFA, dan Acura ada NSX, tetapi bagaimana pula Infiniti?

Walaupun nampak bersahaja, apa yang menarik tentang Infiniti ialah jenama itu sudah sedia mempunyai cawangan di Malaysia dengan membariskan model-model terkini. Ini termasuk Lexus dan cuma Acura masih selesa di Amerika Syarikat.

Walaupun tidak seagresif rakan senegara atau pengeluar automobil dari Korea Selatan, Infiniti sebenarnya memiliki sumber manusia yang hebat. Misalnya, bekas Ketua Pereka BMW Design, Karim Habib kini dilantik untuk menyandang jawatan Ketua Pereka Infiniti.

PEKERJA SETIA

Tanggungjawab Karim diselia Naib Presiden Kanan Nissan Design Group dan Infiniti, Alfonso Albaisa. Apa yang menarik tentang Albaisa pula ialah kesetiaannya sebagai seorang pekerja. Jangan tidak tahu, beliau mula berkhidmat dengan pasukan pereka Nissan sejak 1988.

Albaisa adalah graduan Institut Pratt di New York dengan Ijazah Rekabentuk Industri. Antara hasil kerja beliau ialah Nissan Juke, Infiniti Q60, Q30, Prototype 9 dan banyak lagi yang di luar hasil kerja pengeluar arus perdana lain. Malah, Nissan ada identiti tersendiri yang boleh dilihat pada Teana, X-Trail atau Sylphy. Semua model tersebut hadir dengan rekabentuk permukaan badan beralun dan besar yang menyerlahkan keunikan seni permainan permukaan besi.

PROJEK KAPAL PESIAR

Kenali Alfonso Albaisa - Lelaki Penting Di Sebalik Nissan & Infiniti Yang Pernah Mereka Kapal Persiar.04
Kenali Alfonso Albaisa - Lelaki Penting Di Sebalik Nissan & Infiniti Yang Pernah Mereka Kapal Persiar.03
Kenali Alfonso Albaisa - Lelaki Penting Di Sebalik Nissan & Infiniti Yang Pernah Mereka Kapal Persiar.01

Seperkara lagi menarik tentang Albaisa adalah minatnya dalam dunia pelayaran. Pada 26 tahun lalu, beliau merekabentuk sebuah kapal pesiar mewah, dinamakan Motali yang dibina khas untuk pelanggan dari Timur Tengah. Melalui temubual dengan Infiniti, Albaisa menjelaskan serba sedikit tentang kapal pesiar Motali.

Motali ialah kapal pesiar bertingkat berukuran 33 kaki. Motali juga kapal peribadi dan direka untuk memberikan pengalaman pengembaraan sebenar kepada penumpang. Kapal ini mempunyai bentuk seperti peluru dan beberapa ciri seakan kapal klasik era 50-an yang dibina dengan metod moden."

Projek Motali bermula pada tahun kedua Albaisa berkhidmat dengan Nissan, di mana seorang pelanggan di Turki menghubungi pasukannya pada Ogos 1990 dan meminta supaya menghasilkan sebuah kapal pesiar.

Albaisa nyata berminat kerana beliau sendiri membesar dekat kawasan pantai dan selalu menaiki bot di Miami. Beliau memaklumkan, pereka Infiniti Design mendapat ilham merekabentuk model-model kereta berasaskan kekuatan dan kecantikan alam sekitar serta lautan.

Cabaran terbesar Albaisa dalam merekabentuk Motali ialah saiz. Merekabentuk kereta memerlukan satu bentuk pemikiran dan pergerakan sambil dibantu aspek perincian. Namun, sebuah kapal pesiar ditentukan daripada senibina yang lebih kepada merekabentuk sebuah bangunan berbanding sebuah kenderaan!

Kenali Alfonso Albaisa - Lelaki Penting Di Sebalik Nissan & Infiniti Yang Pernah Mereka Kapal Persiar.01
Kenali Alfonso Albaisa - Lelaki Penting Di Sebalik Nissan & Infiniti Yang Pernah Mereka Kapal Persiar.02
Kenali Alfonso Albaisa - Lelaki Penting Di Sebalik Nissan & Infiniti Yang Pernah Mereka Kapal Persiar.03
Kenali Alfonso Albaisa - Lelaki Penting Di Sebalik Nissan & Infiniti Yang Pernah Mereka Kapal Persiar.04
Kenali Alfonso Albaisa - Lelaki Penting Di Sebalik Nissan & Infiniti Yang Pernah Mereka Kapal Persiar.05
Kenali Alfonso Albaisa - Lelaki Penting Di Sebalik Nissan & Infiniti Yang Pernah Mereka Kapal Persiar.06
Kenali Alfonso Albaisa - Lelaki Penting Di Sebalik Nissan & Infiniti Yang Pernah Mereka Kapal Persiar.07
Kenali Alfonso Albaisa - Lelaki Penting Di Sebalik Nissan & Infiniti Yang Pernah Mereka Kapal Persiar.00

Related

154
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Alfonso Albaisa, Infiniti, kapal pesiar, Motali, Nissan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • My50 Kini Boleh Dibeli, Diaktifkan Terus Melalui TNG eWallet!
    My50 Kini Boleh Dibeli, Diaktifkan Terus Melalui TNG eWallet!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev