• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Moped Modenas Dikesan Lagi - Bakal Dilancarkan Tahun Hadapan? Harga Sekitar RM8,000?

Moped Modenas Dikesan Lagi - Bakal Dilancarkan Tahun Hadapan? Harga Sekitar RM8,000?

October 5, 2017 By Abang GYL Leave a Comment

6.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

moped modenasMODEL yang dinanti ramai, moped Modenas sekali lagi dikesan sedang menjalani ujian di sekitar Jitra dan Alor Setar, Kedah. Menerusi kiriman video daripada pembaca kami, Api Moto dan Fahmi, mereka mendakwa terserempak model tersebut, yang dikatakan sebagai moped Modenas, dan cuba mengejar untuk mendapatkan pandangan lebih jelas.

Jika melihat pada video berkenaan, ya, memang itu moped Modenas yang dikhabarkan bakal dilancarkan tidak lama lagi. Sebelum ini, ada beberapa foto moped Modena sudah tersebar di laman media lain. Ini bermakna, Modenas kini dalam fasa terakhir sebelum memasarkan model itu ke pasaran tempatan.

Lebih menarik, model moped Modenas berkenaan dikhabarkan bukan lagi dipada enjin 150cc, sebaliknya bakal dijana jantung bersesaran 175cc. Proses pembuatan enjin dibikin khas pasukan jurutera Modenas sendiri. Khabarnya, seramai sembilan jurutera Modenas sudah 'berkampung' hampir 3 tahun di Universiti Graz, Austria untuk memastikan pembikinan enjin berjalan lancar.

BACA >>> Apakah Ini Foto Moped Modenas? Bakal Dilancarkan Awal Tahun Depan?

Moped Modenas
moped 175cc Modenas
moped 175cc Modenas
Moped Modenas
harga moped modenas
Harga Moped Modenas

HARGA SEKITAR RM8,000?

Apa yang pasti, kehadiran moped Modenas bakal memberi saingan buat Yamaha Y15ZR, Honda RS150R dan Benelli RFS 150i. Jika Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R dijual pada harga sekitar RM9,000, berapa pula harga perlu diletakkan Modenas?

Berdasarkan pemerhatian, kami menjangka harga moped Modenas akan dijual sekitar RM8,000 hingga RM9,000. Walaupun Modenas ialah pengeluar pertama menyuarakan hasrat mahu menghasilkan model super moped, tetapi mereka pula yang terakhir memperkenalkannya. Apapun, kami yakin penambahbaikan daripada 150cc kepada 175cc adalah satu keputusan bijak.

Persoalannya, mampukah moped Modenas 175cc memikat hati anda? Bolehkah bersaing dengan pesaing lain seperti Yamaha Y15ZR, Honda RS150R ataupun Benelli RFS 150i?

Jika anda ada foto atau info mengenai moped Modenas ini, sila hubungi kami di laman Facebook.

BACA >>> Yamaha Y15ZR Atau Honda RS150R? Kami Ada Jawapannya…

Related

6.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: harga moped modenas, Kapcai, Modenas, Moped, moped modenas, moped modenas 150cc, moped modenas 175cc, motosikal, roda2, Spyshot, super moped

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
    JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev