• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Triumph Perkenal Bonneville Bobber Edisi Hitam, Kini Lebih Ganas

Triumph Perkenal Bonneville Bobber Edisi Hitam, Kini Lebih Ganas

October 5, 2017 By Aryon 4 Comments

426
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APABILA Triumph pertama kali melancarkan Boneville Bobber pada penghujung tahun lalu, tanpa disangka banyak unit terjual dalam 30 hari pertama berbanding model-model lain dalam sejarah pengeluar motosikal ikonik British itu.

Bagi model 2018, dan sempena ulang tahun ke-115, Triumph bakal menawarkan Bonneville Bobber serba hitam yang didatangkan dengan rekaan popular estetik-custom selepas mendapati pelanggan amat menggemari hala tuju dibawa jentera 1200cc itu.

Bobber Black, juga dipanggil Bonnie baharu, tampil seakan pesawat 'stealth' dengan kemasan hitam disembur pada perehat kaki, pedal, tuil, dan ekzos, termasuk belakang panel meter, bar hendal, besi plat, frem dan perumah lampu utama. Segalanya serba hitam. Sementara itu, penutup untuk enjin, aci (cam) dan gegancu (sprocket) turut disadurkan hitam. Hasilnya, sebuah Bonneville Bobber yang cukup agresif berbanding versi terdahulu.

LEBIH AGRESIF

Bonneville Bobber hitam ini juga mendapat beberapa pengemaskinian prestasi dengan profil agresif dan alat ganti dipertingkat. Rim depan 'gemuk' bersaiz 16-inci digantikan dengan rim 19-inci, sekali gus memberikan imej maskular, manakala fork 47mm mengambil alih peredam 41mm yang ada pada 'Bobbed Bonnie' standard.

Jentera ini turut dipasangkan beberapa komponen kosmetik moden seperti lampu utama yang kini didatangkan dengan unit LED penuh dengan lampu siang (DRL), lampu belakang dan indikator LED penuh, brek cakera depan berkembar dengan kaliper Brembo, fork kartrij Showa high-spec dan butang kawalan jelajah yang tampil standard.

Motosikal versi hitam ini juga didatangkan dengan gajet dan peranti moden seperti terdapat pada model tahun lalu, membabitkan klac bantuan tork, kawalan traksi boleh ubah, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), mod tunggangan, dan ciri Ride-by-Wire.

Triumph juga masih menawarkan lebih 150 aksesori untuk Bobber yang membolehkan pemilik mengubahsuai mesin British mereka itu mengikut cita rasa peribadi. Antaranya ialah penyengap atau silencer aluminium Vance and Hines, dan unit suspensi belakang boleh laras Fox.

Dengan tempoh penyenggaraan setiap 10,000 batu (16,000km) dan antara jentera cruiser paling seksi dan hip masa kini, pembeli ada banyak alasan untuk memilih Bonneville Bobber.

GALERI

Related

426
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: cruiser, motosikal, roda2, Triumph, Triumph Bonneville Bobber Black

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my