• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Hyundai Cipta Teknologi Sensor Ultrasonik Elak Tertinggal Budak dalam Kereta

Hyundai Cipta Teknologi Sensor Ultrasonik Elak Tertinggal Budak dalam Kereta

October 4, 2017 By Han Othman 1 Comment

181
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HYUNDAI mengumumkan teknologi yang mampu mencegah kanak-kanak atau bayi tertinggal dalam kereta. Dipanggil Amaran Penumpang Belakang (Rear Occupant Alert - ROA), sistem tersebut berfungsi memantau sebarang pergerakan pada kerusi belakang dengan menggunakan sensor ultrasonic.

Apabila sensor mengesan pergerakan, secara automatik amaran khas akan terpapar pada kluster instrumen untuk mengingatkan pemandu supaya memeriksa kerusi belakang sebelum keluar kenderaan. Malah, jika amaran dalam bentuk paparan itu masih gagal menyedarkan pemandu yang terus saja keluar, ROA akan membunyikan hon, menyalakan lampu dan menghantar amaran kepada telefon pintar menerusi sistem kereta Blue Link Hyundai.

BACA >>> #Videotomotif: Budak 'Dipanggang' Dalam Kereta. Jangan Tidak Peduli, Mesti Peka dan Bertindak!

Hyundai merancang memperkenalkan teknologi tersebut untuk semua barisan model 2019. Dalam satu kenyataan, Naib Presiden bagi produk, korporat dan perancangan digital di Hyundai Amerika Utara, Mike O'Brien berkata, sistem dibangunkan mampu menyelamatkan banyak nyawa.

ROA hanya satu lagi contoh bagaimana kami melakukan sesuatu yang lebih baik di Hyundai. Sistem ini ialah langkah pertama dalam mengelak tragedi. Kami faham selang masa yang pendek dalam pertimbangan dan kecuaian boleh menyebabkan akibat buruk."

Di Amerika Syarikat, dilaporkan 38 kanak-kanak maut akibat tertinggal dalam kereta sepanjang tahun ini.

Related

181
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: autotainment, hyundai, Kereta, Rear Occupant Alert (ROA), Roda4, teknologi kereta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my