• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda CR-V (2017) Terima Tempahan Luar Biasa - Varian 1.5L Turbo Paling Laku!

Honda CR-V (2017) Terima Tempahan Luar Biasa - Varian 1.5L Turbo Paling Laku!

October 4, 2017 By Abang GYL 2 Comments

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

honda cr-v 2017 malaysiaBARU dua bulan dilancarkan, Honda CR-V (2017) menerima sambutan luar biasa apabila menerima lebih daripada 5,000 unit. Daripada jumlah berkenaan, 3,080 unit sudah diserahkan kepada pembeli dan 1.5L turbo menjadi varian paling laris.

Menurut Honda Malaysia, pihaknya menerima tempahan luar biasa yang kini sudah melangkaui sasaran awal ditetapkan, iait 700 unit Honda CR-V (2017) sebulan.

Tambah Honda Malaysia lagi, putih menjadi warna pilihan paling banyak ditempah, manakala tempoh menunggu adalah sekitar satu hingga dua bulan, di mana setiap tempahan diterima akan dihantar secara berperingkat kepada pemilik.

Honda CR-V (2017) didatangkan dalam empat varian dengan dua pilihan enjin seperti berikut:

  • Honda CR-V 2017 2.0L 2WD - RM142,400
  • Honda CR-V 2017 1.5L Turbocharged 2WD - RM155,700
  • Honda CR-V 2017 1.5L Turbocharged 4WD - RM161,600
  • Honda CR-V 2017 1.5L Turbocharged Premium 2WD - RM167,700

BACA >>> 82 Foto Ini Akan Buat Anda Jatuh Cinta Pada Honda CR-V 2017

honda cr-v 2017 malaysiaENJIN TURBO

Enjin 1.5L Turbocharged turut digunapakai Civic Turbo. Bagaimanapun, beberapa talaan dilakukan supaya sepadan dengan karakter CR-V (2017). Hasilnya, kenderaan utiliti sukan (SUV) ini mampu menghasilkan kuasa 191hp pada 5,600rpm dan tork 243Nm (2,000 - 5,000rpm).

Enjin 2.0L N/A pula menghasilkan kuasa 152hp (6,500rpm) dan tork 189Nm (4,300rpm). Lebih menarik, CR-V (2017) menjadi model pertama Honda yang dilengkapi pakej bantuan pemanduan, Honda Sensing. Jika ingin tahu lebih lanjut mengenai Honda Sensing yang ada pada Honda CR-V (2017), baca saja artikel di bawah ini:

BACA >>> Apa Itu Honda Sensing Pada Honda CR-V 2017 - Power Sangat Ke?

Kami juga baru memandu uji Honda CR-V (2017) ke Johor Bahru. Ingin tahu kenapa SUV ini mendapat sambutan luar biasa? Nantikan laporan pandu uji kami tidak lama lagi. 😀

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, harga honda cr-v 2017, honda cr-v 2017, honda cr-V 2018, honda crv baru, Honda Malaysia, Roda4, SUV, tempahan honda cr-v 2017

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my