• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / GoodYear Assurance DuraPlus - Harga Bermula RM226 - RM325

GoodYear Assurance DuraPlus - Harga Bermula RM226 - RM325

April 23, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Goodyear-Assurance-Duraplus-LaunchGOODYEAR Malaysia memperkenalkan tayar baharu Assurance DuraPlus yang menggunakan Teknologi TredLife untuk memberikan lebih nilai dan tahan lasak.

Direka untuk kenderaan penumpang bersaiz kecil sehingga pertengahan, tayar baharu yang menggantikan model sebelumnya DuraPlus itu turut didatangkan dengan kompaun bunga yang dipertingkatkan bersama tujuh pilihan saiz.

Bagi menguatkan lagi tayar tersebut, tayar itu dilapisi dengan DuPont Kevlar yang direka bentuk mampu memberikan perjalanan sehingga 100,000km.

Menurut Pengarah Urusan Goodyear Malaysia, Varin derjit Singh yakin pengenalan produk baharu ini mampu memenuhi kehendak pelanggan yang mahukan tayar yang lebih tahan lasak tanpa perlu was-was.

Goodyear-Assurance-Duraplus-Launch-1
Goodyear_Assurance Duraplus_Pic 1

Dengan penggunaan teknologi TredLife, ia meliputi tiga elemen utama iaitu bunga tayar berasaskan karbon sebatian dengan kandungan karbon lebih tinggi yang menawarkan rintangan di atas permukaan jalan.

Di samping itu, ia juga menggabungkan rekabentuk bunga tayar lebih lebar agar banyak getah bersentuhan dengan permukaan jalan untuk ketahanan bunga lebih lama selain mengekalkan kekuatan tayar walaupun berada pada keadaan suhu yang tinggi.

Goodyear Assurance DuraPlus dijual pada harga RM226 hingga RM325 (termasuk GST) mengikut saiz yang berbeza.

Goodyear_Assurance Duraplus_Pic 2Untuk ketenangan fikiran pembeli tayar Goodyear Assurance DuraPlus, mereka dilindungi di bawah Program Worry Free Assurance. Program itu melindungi tayar dari tusukan, pancit dan impak kesan pemanduan di jalan raya biasa.

Dalam tempoh enam bulan, pengguna akan menerima penggantian tayar percuma apabila rosak pada kedalaman bunga tayar lebih daripada 6.7mm.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: DuraPlus, GoodYear Assurance DuraPlus, GOODYEAR Malaysia, Tayar baharu, Teknologi TredLife, Varin derjit Singh

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev