TEMPAHAN untuk Kia Stinger kini dibuka untuk pasaran seluruh Britain (UK) dengan jualan dijangka dilancarkan menjelang 1 Januari 2018. Kia menawarkan lima varian Stinger sebagai pilihan berasaskan tiga gred trim dan tiga varian enjin pengecas turbo yang mana pembeli UK boleh mendapatkan sedan mewah saiz pertengahan itu pada harga serendah £31,995 (RM179,872) untuk varian GT-Line.
Bagi setiap pembelian, pembeli akan menikmati ciri standard seperti:
- Skrin sentuh 8.0 inci dengan sistem navigasi
- Perkhidmatan Kia Connectes Services dengan Tomtom
- Upholsteri kulit
- Kerusi depan dengan pemanas dan pelarasan elektrik
- Sistem bunyi 9-pembesar suara berserta subwufer
- Rim aloi 18-inci
Varian GT-Line turut dilengkapkan dengan ciri Bonet Aktif, diferensial gelincir terhad (LSD), Pembrekan Kecemasan Autonomi (AEB), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Amaran Perhatian Pemandu (DAW) dan Maklumat Had Kelajuan (SLI).
Dua lagi varian (GT Line Scan dan GT-S) dibekalkan dengan tambahan:
- Lampu utama LED penuh
- Rim aloi 18/19-inci
- Kerusi depan berudara
- But elektrik
- Pengesanan Titik Buta (BSD)
- Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
- Brek Brembo (GT-S sahaja)
- Suspensi elektronik dengan lima mod
- Stereng nisbah gear variabel
Kedua-dua GT-Line dan GT-Line Scan boleh dimiliki dalam varian enjin 4-silinder, 2.0L T-GDI (244hp) atau 2.2L CRDi diesel (197hp) dengan rating EPA pada 5.6 liter per 100km. Varian GT-S pula dikuasakan enjin 3.3L V6 T-GDi (365hp). Semua model menggunakan sistem pacuan roda belakang (RWD) dan transmisi automatik 8-kelajuan berserta lima anjakan berbeza dan program terotel, serta kawalan manual.
Berikut ialah angka prestasi dan ekonomi Kia Stinger versi UK:
Leave a Reply